Isu Jual Air Balang Di Dataran Merdeka, Peniaga Telah Dikenakan Tindakan Oleh DBKL
Untuk makluman, Dataran Merdeka adalah kawasan larangan menjaja.
Cover image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini telah mengambil tindakan kepada aktiviti penjajaan air balang di sekitar Dataran Merdeka
Baru-baru ini tular di media sosial bahawa Dataran Merdeka kini dicemari peniaga haram dengan deretan meja menjual air balang serta makanan seperti cilok.

Menurut DBKL, mereka telah mengambil tindakan sitaan selaras dengan peruntukan undang-undang.
Kenyataan ini telah dimuat naik di laman rasmi Facebook DBKL semalam.
Dataran Merdeka kawasan larangan menjaja
"Adalah diingatkan bahawa Dataran Merdeka merupakan kawasan larangan menjaja bagi menjaga imej, kebersihan serta nilai warisan kawasan ini yang menjadi kebanggaan warga kota dan pelancong." dalam kenyataan di Facebook.

DBKL menegaskan Dataran Merdeka adalah kawasan larangan menjaja bagi menjaga imej, kebersihan serta nilai warisan kawasan ini yang menjadi kebanggaan warga kota dan pelancong.

Pihak DBKL telah menyita air balang yang dijaja di sekitar Dataran Merdeka pada 14 Februari lalu.
Mereka juga memesan agar para pengunjung tidak membeli daripada penjaja haram dan bersama-sama menjaga kebersihan dan menghargai keindahan persekitaran Dataran Merdeka.

Dataran Merdeka terutamanya Bangunan Sultan Abdul Samad antara lokasi tumpuan pelancong yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi yang tertakluk kepada peraturan ketat terutamanya dari segi kebersihan, keselamatan dan imej bandar raya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



