Isu Gelandangan Di KL Makin Kritikal, 400 Orang Dikesan Setiap Operasi

Ramai betul ya gelandangan dekat KL sekarang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Astro Awani
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isu gelandangan di Kuala Lumpur semakin meruncing apabila operasi bersepadu yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama agensi persekutuan terus mengesan jumlah yang tinggi

Menurut laporan Sinar Harian, baru-baru ini ia mencecah sehingga 400 gelandangan dalam satu operasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, angka itu menunjukkan betapa serius dan berulangnya isu tersebut, dengan kemunculan gelandangan baharu dan sebahagian daripada kelompok lama kembali ke jalanan selepas menerima intervensi.

SAYS.com

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa

Image via Astro Awani

Pelbagai latar belakang, satu isu yang kompleks

Dr Zaliha turut menjelaskan bahawa gelandangan yang dikenal pasti datang daripada latar belakang yang pelbagai, termasuk:

  • Pelarian berdaftar di bawah UNHCR
  • Penagih dadah
  • Individu dengan masalah kesihatan mental
  • Orang luar yang datang ke KL untuk tempoh singkat

Kepelbagaian kategori ini menuntut intervensi khusus dan tidak boleh diselesaikan dengan satu pendekatan yang sama.

Operasi menyelamat melibatkan banyak agensi, pendekatan lebih menyeluruh diperlukan

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Operasi menyelamat DBKL kini membabitkan kerjasama rapat dengan:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
  • Majlis Keselamatan Negara (MKN)
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Kerjasama rentas agensi ini bertujuan memastikan proses pengesanan, intervensi dan susulan dapat dijalankan secara menyeluruh, bukan sekadar menangkap atau mengalihkan gelandangan, tetapi memastikan mereka disalurkan ke bantuan yang sesuai.

"Buat sementara, terdapat tiga pusat transit disediakan di ibu negara termasuk di Taman Tunku, yang membenarkan gelandangan tidur dan mendapatkan makanan harian," katanya.

NGO turut digalakkan menghantar makanan terus ke pusat transit berkenaan berbanding mengagihkannya di jalan raya untuk mengelakkan masalah kebersihan.

"Kalau makanan diberi terus di jalanan, ada keadaan di mana makanan itu dipilih-pilih dan yang tidak diperlukan dibuang. Ini menjejaskan kebersihan bandar," ujarnya lagi.

Program pemulihan berjaya, tetapi isu tetap berulang

Sebahagian gelandangan yang dibawa ke pusat pemulihan di Gemenceh dilaporkan berjaya menamatkan latihan dan memperoleh pekerjaan. Ia membuktikan intervensi jangka panjang dapat mengubah kehidupan mereka.

Namun, cabaran tetap wujud apabila gelandangan baharu terus muncul di bandar dan ada yang pernah menerima bantuan kembali semula ke jalanan. Isu tersebut kekal berulang kerana puncanya pelbagai, dari ekonomi hingga kesihatan mental.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wiki Impact

JKM dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini sedang meneliti akta sedia ada bagi menentukan:

  • Agensi mana yang patut memikul tanggungjawab utama isu gelandangan.
  • Model intervensi jangka panjang yang paling berkesan.
  • Penyelarasan undang-undang bagi mengelakkan pertindihan peranan.

"Saya difahamkan akta berkaitan sedang diteliti lebih jauh, termasuk siapa yang bertanggungjawab dan bagaimana penyelesaian lebih menyeluruh dapat dilaksanakan," ujarnya.

Lokasi panas gelandangan terus bertambah, DBKL laksana reka bentuk anti-gelandangan

SAYS.com
Image via Utusan Malaysia

Antara lokasi gelandangan paling ketara termasuk:

  • Kawasan Bangkok Bank
  • Sekitar Jalan Pudu
  • Beberapa kawasan baharu yang muncul selepas pembangunan infrastruktur

Sebagai langkah mengurangkan penumpuan gelandangan, DBKL turut menambah baik reka bentuk bandar dengan elemen 'anti-gelandangan' pada tempat duduk dan infrastruktur awam.

Ia merupakan sebuah langkah yang sering diperdebatkan dari sudut etika dan keberkesanan jangka panjang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: