Isteri Terkejut Temui Bukti Skandal 7 Tahun Arwah Suami Berserta Transaksi Bernilai RM11.6 Juta
Dua dekad membina hidup bersama, rupa-rupanya ada rahsia bernilai RM11.6 juta di belakang.
Cover image via Harian Metro & Gambar Janaan AIFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang balu di Shanghai dikejutkan dengan penemuan pahit apabila mendapati mendiang suaminya telah membelanjakan hampir 20 juta yuan (RM11.6 juta) secara rahsia kepada seorang wanita simpanan selama tujuh tahun
Rahsia kehidupan dwi-alam suaminya itu terbongkar ketika wanita yang dikenali sebagai Shen itu sedang mengemas barang-barang peribadi peninggalan suaminya, Jin, yang meninggal dunia pada Mei 2022.
Memetik laporan South China Morning Post, pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga sejak Julai 1999 dan membina kehidupan bersama selama lebih dua dekad serta dikurniakan sepasang cahaya mata.
Shen hanya menyedari pengkhianatan tersebut selepas kematian Jin, apabila rekod kewangan menunjukkan aliran wang yang sangat besar telah dipindahkan kepada wanita lain sepanjang tempoh hubungan sulit itu berlaku.

Gambar Janaan AI
Penemuan hubungan sulit dengan wanita bernama Tao tersebut mendorong Shen mengambil tindakan undang-undang segera untuk menuntut semula aset keluarganya
Shen bersama anak-anaknya memfailkan saman untuk membatalkan semua pemberian harta yang besar tersebut dengan hujah bahawa dana berkenaan adalah sebahagian daripada harta sepencarian dalam perkahwinan mereka.
Mahkamah akhirnya memihak kepada Shen dan memutuskan bahawa tindakan Jin memindahkan jumlah wang yang sangat besar kepada Tao secara sendirian adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Taste Of HomeImage viaWalaupun Tao telah memulangkan sebanyak 5.4 juta yuan (RM3.1 juta) kepada Jin semasa hayatnya, masih terdapat baki hutang yang sangat besar
Ekoran itu, mahkamah memerintahkan Tao untuk membayar semula baki berjumlah 14 juta yuan (RM8.2 juta) kepada keluarga yang sedang berduka tersebut.
Tao cuba merayu terhadap keputusan berkenaan, namun Mahkamah Pertengahan Pertama Rakyat Shanghai kekal dengan pendirian mereka.
Hakim memutuskan bahawa hubungan sulit tersebut dan pemberian hadiah yang menyusul telah melanggar hak kewangan isteri serta mencemari norma moral masyarakat umum.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



