Isteri Shukri Yahaya Selar Komen Netizen Kata Outfit Sukan Tak Praktikal – “Kalau tak Biasa Tengok, Biasakan”
Okay je baju sukan macam ini, longgar dan selesa!
Cover image via @tyaadnan (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pakaian sukan patuh syariah yang direka oleh isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan, telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen di media sosial, terutamanya di Threads, sejak semalam
Perdebatan itu bermula apabila Tya memuat naik video dirinya bermain sukan pickleball sambil mengenakan pakaian sukan daripada jenamanya sendiri. Outfit tersebut yang menampilkan potongan longgar dan labuh ternyata mencuri perhatian ramai.
Segelintir netizen memuji inisiatif Tya dalam memperkenalkan pakaian sukan yang patuh syariah, dan menyifatkannya sebagai satu langkah progresif dalam memartabatkan fesyen muslimah.
Namun, tidak kurang juga ada yang mempersoalkan aspek praktikaliti pakaian tersebut untuk melakukan aktiviti sukan.

Tya tampil bersuara susulan isu outfit sukan tak praktikal menjadi bualan ramai
Menurut beberapa komen, pakaian yang terlalu baggy boleh menyukarkan pergerakan dan berisiko mendatangkan kecederaan. Ada yang menyuarakan kebimbangan bahawa fesyen sebegitu seolah-olah terlalu terikut budaya Timur Tengah.
Namun begitu, ramai juga yang mempertahankan rekaan tersebut dengan menyatakan bahawa pemakaian seseorang sepatutnya berlandaskan keselesaan dan keyakinan diri, bukan semata-mata penilaian orang luar.
Dalam pada itu, Tya yang sedar akan kritikan tersebut tampil bersuara secara terbuka di akaun Threads miliknya.
"Kita buat baju longgar, besar, tutup aurat — bukan untuk sedap mata orang pandang. Tapi untuk Allah pandang kita dengan rahmat-Nya. Kalau tak biasa tengok, biasakan. Ini bukan trend sementara. Ini perjuangan," tulisnya.

Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



