Isteri Nak Bersalin Jalan Sesak, Enam Rider Tolong ‘Escort’ Sampai Ke Hospital Raih Pujian Ramai
Rider jadi 'hero' buat keluarga lelaki ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Detik cemas apabila seorang suami membawa isteri yang hendak bersalin tetapi jalan terlalu sesak
Menurut laporan daripada Sinar Harian, inilah yang terjadi kepada Muhamad Syafiq Abdullah, 25, yang terkejut menerima berita bahawa isteri kini sakit dan nak bersalin.
Namun, tindakan enam penunggang motosikal yang mengiringi mereka menjadi penyelamat yang tidak dapat dilupakan.
Perkongsian ini telah dibuat oleh Muhamad Syafiq di laman TikTok miliknya.

Baru saja sampai rumah mentua dan turunkan barang sebelum isteri beritahu nak bersalin
"Saya dari Ipoh, Perak baru saja sampai rumah mentua dan tengah turunkan barang, tiba-tiba isteri beritahu sakit nak bersalin.
"Saya terus masuk semula dalam kereta untuk bawa isteri ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban, tapi mula rasa bimbang bila tengok keadaan jalan yang sesak," katanya.
Menurutnya, dia terpaksa memandu dalam keadaan cemas sambil memasang lampu kecemasan, tetapi keadaan jalan raya ketika itu sangat sesak.
Situasi berubah apabila seorang penunggang motosikal tampil membantu membuka laluan.

"Saya buka tingkap dan jerit beritahu isteri nak bersalin. Tanpa banyak soal, dia terus tolong buka jalan," kata Syafiq kepada penunggang motosikal.
Tidak lama kemudian, lima lagi penunggang motosikal turut serta mengiringi dan membantu Syafiq dan isterinya sampai ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.
Oleh kerana bantuan itu, dia dan isteri selamat tiba di HTJ pada sekitar 8.50 malam setelah perjalanan yang mengambil masa 30 minit itu.

Muhammad Syafiq dan isteri serta anak pertama. Kanan: Anak perempuan kedua mereka.
Image via Sinar HarianMuhammad Syafiq mengatakan dia sempat memeluk dan mengucapkan terima kasih kepada penunggang motosikal pertama atas bantuan itu.
"Saya tak sempat nak cakap banyak pada abang itu kerana nak cepat masuk bilik pembedahan temankan isteri bersalin.
"Alhamdulillah, anak perempuan kedua saya selamat dilahirkan isteri Auni Balqis Mohd Izan, 24 secara normal pada jam 9.12 malam," katanya lagi.
Tambah Syafiq, kalau bukan disebabkan enam penunggang motosikal ini, mungkin cerita ini akan berbeza dan ia merupakan pengalaman raya yang dia tidak akan lupakan sampai bila-bila.
@syafiqmaseiana_ Pertama sekali saya nak ucap kan ribuan terima kasih buat abang abang yang bantu saya pada malam 23/3/2026 hari raya ke 3 terima kasih pada abang yang bantu saya sebab bertungkus-lumus tolong saya dari Rembau negeri sembilan sampai la ke hospital Tuanku Jaafar eskot dan jugak tak lupa pada pemandu kereta yang lain sebab bagi kerja sama 🥹🙏🏼Allah je dapat balas kebaikan semua saya isteri dan anak Saya selamat tiba terima kasih kepada sesiapa yang mengenali abang ni ataupun kenal ataupun tuan sendiri yang menonton video ni dm saya nya🥹🙏🏼 ##seremban##rembau##terimakasih #orangbaik ♬ bunyi asal – 🎧 MUSIC_LIRIK.TIGER
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 