Isteri Maut Digilis Treler Ketika Motosikal Suami Cuba Menyelit Antara Kenderaan Berat
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Cover image via FacebookFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Pelabuhan Barat, arah Pulau Indah menghala ke Klang, semalam
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa, insiden yang dilaporkan sekitar jam 1.02 tengah hari itu melibatkan perlanggaran antara sebuah motosikal dan sebuah treler.
Beliau berkata, kemalangan tersebut turut membabitkan seorang lelaki yang juga suami mangsa serta anak mereka, namun kedua-duanya dilaporkan selamat.

Motosikal cuba menyelit di antara kenderaan berat dan terjatuh
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari dengan mangsa merupakan warga Indonesia meninggal dunia di lokasi kejadian.
Difahamkan, motosikal itu telah menyelit beberapa kenderaan berat dan bergesel dengan sebuah treler lalu terjatuh di tengah jalan.
"Siasatan awal mendapati, nahas berlaku apabila motosikal jenis SM Sport 110R ditunggangi seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun bersama isteri dan anak perempuannya berusia 10 tahun menyelit dengan beberapa kenderaan berat yang lain.
"Tindakan itu menyebabkan motosikalnya bergesel dengan sebuah treler lalu terjatuh di tengah jalan. Akibatnya, sebuah treler yang berada di hadapannya tidak sempat mengelak lalu menggilis isteri mangsa yang juga pembonceng motosikal.
"Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. Lelaki itu dan anaknya hanya cedera ringan dan dirawat di hospital sama. Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



