Israel Rancang Bagi Lesen Azan, Cadang RUU Sekat Laungan Tanpa Permit

Cadangan itu bagaimanapun mencetuskan kecaman keras dalam kalangan penduduk Palestin yang tinggal di Israel.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Muslim Hands & BERNAMA
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Parti sayap kanan Israel yang dipimpin oleh Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben Gvir, dilaporkan sedang mengusahakan satu rang undang-undang (RUU) baharu bagi menyekat laungan azan di masjid

Menurut laporan portal berita Middle East Eye, dalam satu kenyataan rasmi, parti Jewish Power memaklumkan bahawa cadangan RUU itu bertujuan melarang laungan azan kecuali masjid memperoleh lesen khas daripada rejim Zionis.

Kelulusan lesen berkenaan tertakluk kepada beberapa kriteria yang ditetapkan pihak berkuasa, termasuk tahap kelantangan pembesar suara, langkah pengurangan bunyi, lokasi masjid, jaraknya dengan kawasan perumahan serta kesan terhadap penduduk sekitar.

Draf RUU tersebut dikemukakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara Israel, Zvika Fogel. Ia didakwa bertujuan menangani apa yang disifatkan sebagai 'bunyi bising tidak munasabah' daripada bilal, iaitu individu yang melaungkan azan.

SAYS.com
Image via AFP

Cadangan itu bagaimanapun mencetuskan kecaman keras dalam kalangan penduduk Palestin yang tinggal di Israel

Mereka melihat langkah tersebut sebagai satu lagi usaha sistematik untuk menghapuskan identiti agama Islam serta budaya Palestin.

"Ini bukan soal bunyi. Azan bukan bunyi bising," kata seorang peguam hak asasi manusia dan aktivis berpangkalan di Lod,  Khaled Zabarqa kepada laman berita Middle East Eye.

"Azan wujud selama ratusan tahun dan dilaungkan setiap hari sejak penubuhan Israel. Ia bukan masalah bunyi.

"Azan adalah simbol identiti agama dan kebangsaan rakyat Palestin di dalam Israel,"
katanya.

SAYS.com
Image via BERNAMAImage via

Menurut kandungan cadangan RUU itu, pegawai polis diberikan kuasa untuk mengarahkan penutupan serta-merta pembesar suara masjid sekiranya syarat laungan azan dilanggar

Sekiranya pelanggaran berlaku secara berterusan, pihak berkuasa juga dibenarkan merampas peralatan pembesar suara tersebut.

Hukuman yang digariskan dalam rang undang-undang berkenaan turut disifatkan berat. Pemasangan atau pengendalian pembesar suara tanpa permit boleh dikenakan denda sehingga 50,000 shekel (sekitar RM63,000), manakala pelanggaran syarat permit pula boleh didenda sebanyak 10,000 shekel (sekitar RM13,000).

Cadangan tersebut menambah senarai dasar kontroversi kerajaan Israel yang sering dikritik komuniti antarabangsa sebagai mengekang kebebasan beragama serta menekan hak asasi rakyat Palestin, khususnya mereka yang menetap di wilayah yang dikuasai Israel.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: