Isi Petrol Untuk Kegunaan Lain Bukan Suka-Suka, KPDN Tetapkan Syarat Ini

Difahamkan, pembelian petrol dan diesel untuk kegunaan selain tangki asal kenderaan memerlukan Permit Khas di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Majoriti & VOCKET
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai mungkin pernah nampak atau sendiri isi minyak petro/diesel dalam tong, botol atau bekas untuk kegunaan lain

Tetapi sebenarnya, perkara itu bukan boleh buat sesuka hati. Terbaharu menerusi laporan Berita Harian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tampil beri penjelasan susulan isu tular mengenai orang ramai mengisi minyak ke dalam tong di stesen minyak.

Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, pembelian petrol dan diesel untuk kegunaan selain tangki asal kenderaan memerlukan Permit Khas di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Katanya, langkah ini penting bagi mengelakkan penyelewengan bahan api bersubsidi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

"Pembelian menggunakan Permit Khas ini adalah untuk kuantiti 20 liter ke atas sahaja dan berdasarkan kepada harga pam semasa di stesen minyak.

"Mana-mana pihak yang telah diberi kebenaran untuk membeli minyak petrol dan diesel melalui Permit Khas ini boleh menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas yang selamat dan bersesuaian mengikut kuantiti, alamat stesen minyak, tempoh dan kekerapan belian yang telah diluluskan,"
katanya.

Dalam masa sama, permohonan permit tersebut boleh dibuat secara online melalui Sistem Permit Bekalan (SPB) di portal rasmi KPDN dan ianya adalah percuma

KPDN turut memaklumkan terdapat 10 kategori yang boleh memohon, antaranya:

  • Forklift
  • Pengangkutan air
  • Penduduk kawasan pedalaman & pulau
  • Industri makanan
  • Rekreasi air
  • Pertanian & penternakan
  • Bantuan kecemasan
  • Penyelenggaraan
  • Pelancongan
  • Pembinaan berskala kecil
SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via VOCKET

Namun, jika anda tiada permit khas, jangan sesekali cuba isi minyak dalam tong.

"Tiada pihak selain pemegang Permit Khas dibenarkan untuk membeli minyak di dalam tong di stesen minyak kecuali untuk kes kecemasan sahaja dan kuantiti dibenarkan adalah di bawah 20 liter sahaja," katanya.

Ringkasnya, isi minyak dalam tong bukanlah perkara biasa yang dibenarkan, kecuali anda ada kelulusan rasmi.

Jadi lepas ni kalau nampak orang isi minyak dalam bekas besar, besar kemungkinan mereka memang ada permit atau sedang ambil risiko langgar undang-undang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: