IRAMA Signature Di IOI City Mall Kini Dibuka, Tawar 199 Menu Unggul 8 Jenama Di Bawah Satu Bumbung
IRAMA Signature menawarkan pengalaman kulinari mesra keluarga dengan harga berpatutan.
Cover image via Akmal Redzwan/SAYS SeismikFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pencinta masakan Melayu kini boleh menikmati kepelbagaian juadah tradisional yang diperbaharui dalam masakan Melayu moden
IRAMA Signature, restoran utama di bawah Irama Dining Group, secara rasmi dilancarkan hari ini di IOI City Mall, Putrajaya dan menawarkan himpunan kulinari yang unik. Restoran baharu ini menampilkan konsep revolusioner "8 Jenama, 1 Destinasi Rasa", menggabungkan hidangan terbaik daripada lapan jenama kumpulan itu di bawah satu bumbung yang serba moden.
Pengasas IRAMA Signature, Arshad Kamarulzaman, bersama isterinya, Bella Arshad, menjelaskan bahawa matlamat utama penubuhan restoran ini adalah untuk menyatukan menu-menu istimewa daripada tujuh outlet sedia ada mereka ke dalam satu destinasi.

Dari kiri Ikhwan Siru, Bella Arshad, Arshad Kamaruzaman dan Ikmal Siru.
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik"IRAMA Signature ini adalah satu restoran yang menggabungkan semua masakan, menu-menu spesial daripada tujuh outlet kita oranglah. Jadi kita gabungkan dalam satu menu. Itulah sebabnya kita panggil Irama Signature. Maksudnya, hidangan khas setiap outlet yang kita ada," kata Arshad.
Turut serta sebagai rakan kongsi ialah pasangan adik-beradik kembar, Ikhwan Siru dan Ikmal Siru. Ikhwan Siru mendedahkan bahawa syarikat menghadapi cabaran besar mendapatkan lokasi strategik di IOI City Mall, didorong oleh permintaan tinggi pasaran dari Bangi, Putrajaya dan Kajang.
Tawar 199 menu Melayu moden untuk pilihan para tetamu
IRAMA Signature kini menampilkan sejumlah 199 menu yang dikurasi khas. Istimewanya, menu-menu ini bukan sahaja dipilih oleh chef, tetapi turut disaring berdasarkan hidangan yang paling disarankan dan digemari oleh tetamu di outlet sedia ada.
Arshad menjelaskan pendekatan fusion yang digunakan oleh pihaknya untuk memodenkan hidangan Melayu klasik.
"Kita ada diversify menu di mana kita fusionize our Malay food. Maksudnya kita bukan Melayu yang klasik, kita modenkan," ujarnya.

Sebagai contoh, hidangan seperti Masak Salai Lemak Itik dimasak menggunakan krim berbanding santan, bertujuan memberikan rasa baharu tanpa meninggalkan identiti rasa Melayu yang asli.
Antara menu tumpuan lain yang ditawarkan termasuklah:
- Pais Baramundi
- Udang Sambal Hijau Betan
- Nasi Goreng Wagyu (dengan 100 gram potongan Wagyu)
- Otak-Otak Kukus (Kegemaran peribadi pengasas IRAMA Signature)
Pengalaman premium mesra keluarga dan selesa
IRAMA Signature direka untuk menjadi mesra keluarga dengan kapasiti antara 148 hingga 150 tetamu. Restoran ini menjamin persekitaran premium dengan harga yang berpatutan, di mana anggaran perbelanjaan untuk keluarga lima atau enam orang adalah sekitar RM150.
Kemudahan lain termasuk tiga bilik makan peribadi dan kemampuan untuk menyediakan bufet sehingga 150 tetamu, sesuai untuk acara kecil dan besar.
"Kami merancang untuk IRAMA Signature menjadi seperti restoran Melayu yang boleh dibuka banyak di Malaysia dan Insya-Allah seterusnya ke IPO (Tawaran Awam Permulaan). Kami ingin membuat penanda dan kami ingin membangunkan ke mana-mana yang kita ada," akhiri Arshad, menunjukkan visi besar syarikat untuk masa hadapan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



