IPT Dibenar Jalankan Pengajaran Secara Dalam Talian Jika Cuaca Panas & Gelombang Haba Meningkat

Difahamkan, keputusan PdP secara dalam talian diserahkan kepada budi bicara universiti.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sabah Media & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan kebebasan kepada pihak pengurusan universiti di seluruh negara untuk menentukan kaedah pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang paling sesuai berdasarkan situasi semasa di kampus masing-masing

Menerusi laporan Sinar Harian, menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, langkah tersebut diambil kerana persekitaran setiap institusi adalah berbeza, terutamanya bagi universiti di negeri-negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan.

Beliau menjelaskan bahawa pengurusan universiti mempunyai autoriti untuk melaksanakan langkah pencegahan sewajarnya jika sesuatu situasi, termasuk fenomena cuaca ekstrem, dianggap berada pada tahap membahayakan.

​"Pada dasarnya, dari segi membuat keputusan, kita tidak menghalang mana-mana universiti mengambil langkah perlu untuk mengatasi masalah seperti musim kemarau, banjir dan sebagainya.

​"Pihak pengurusan universiti lebih mengetahui keadaan di kampus mereka dan akan memaklumkan kepada kementerian mengenai tindakan yang diambil," katanya.

SAYS.com

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Image via Berita Harian

Universiti memilih pendekatan pengajian yang lebih fleksibel, termasuk pelaksanaan sesi secara dalam talian

Kenyataan tersebut diulas beliau selepas Program Sembang Santai bersama mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Dewan Perdana UniSZA pada Isnin.

Zambry menjelaskan bahawa setakat ini pihak universiti memilih pendekatan pengajian yang lebih fleksibel termasuk pelaksanaan sesi secara dalam talian.

​"Pihak universiti boleh melaksanakan kurikulum secara dalam talian sekiranya mereka merasakan ia perlu. Sebagai contoh, kita pernah melalui fasa ekstrem sewaktu musim Covid-19 dan juga ketika bencana banjir tahun lalu.

"Waktu itu, ada universiti yang membenarkan pelajar mengikuti kursus secara dalam talian sepenuhnya. Jadi, keputusan ini memang terpulang kepada budi bicara pihak universiti masing-masing," ujarnya lagi.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: