Insiden Pelajar Ditikam, Polis Tidak Tolak Kemungkinan Dakwaan Cinta Ditolak Sebagai Punca

Kekecohan itu hanya berakhir apabila abang kepada suspek dan beberapa guru berjaya menahannya serta merampas pisau berkenaan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan bahawa pelajar perempuan yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, semalam, dikatakan menolak luahan perasaan suspek sebelum kejadian tragis itu berlaku

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata dakwaan tersebut yang kini tular di media sosial sedang diteliti secara menyeluruh oleh pihaknya bagi memastikan kesahihannya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa siasatan terperinci perlu dijalankan sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

"Proses siasatan masih lagi berjalan dan dilakukan secara menyeluruh namun apa sahaja maklumat perlu diteliti dahulu," katanya.

SAYS.com

Polis menemukan dua senjata tajam dipercayai digunakan dalam kes tikam.

Image via Bernama

Suspek dikatakan naik marah apabila mangsa tidak membalas perasaan yang sama

Dalam laporan Berita Harian, seorang pelajar di tersebut mendedahkan bahawa suspek yang menikam pelajar perempuan Tingkatan Empat hingga maut dipercayai bertindak demikian selepas pengakuan perasaannya ditolak oleh mangsa.

Menurut pelajar berkenaan, kejadian tragis itu dipercayai berpunca daripada rasa marah suspek apabila luahan hatinya tidak berbalas.

"Kami diberitahu dia meluahkan perasaannya kepada mangsa malam sebelumnya dan naik marah apabila mangsa tidak membalas perasaan yang sama,
" katanya ketika ditemui.

Sebelum ini, media melaporkan pelajar perempuan berusia 16 tahun maut selepas ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun dalam kejadian di kawasan tandas perempuan sekolah terbabit, kira-kira jam 9.10 pagi.

Saksi yang turut menyaksikan insiden itu berkata, suspek dipercayai membawa senjata tajam dan memerangkap mangsa di dalam tandas sebelum menyerangnya.

"Dia memegang senjata dan menahan mangsa di dalam tandas. Kemudian, dia mula menikamnya berkali-kali," katanya yang enggan namanya didedahkan.

Menurutnya, rakan kepada mangsa yang berada berhampiran segera berlari mendapatkan guru disiplin bagi meminta bantuan.

"Guru itu kemudian bergegas ke tandas dan cuba menendang pintu. Selepas beberapa kali cubaan, akhirnya pintu berjaya dipecahkan, tetapi budak lelaki itu melarikan diri dan mula mengejar pelajar lain sambil memegang pisau," katanya.

Tambahnya, keadaan menjadi panik apabila suspek berlari masuk ke beberapa bilik darjah Tingkatan Satu dengan tangannya masih memegang senjata berlumuran darah.

"Dia berlari masuk ke dalam kelas dan semua orang mula menjerit serta berlari keluar. Bajunya penuh dengan darah," katanya.

Kekecohan itu akhirnya berjaya dikawal selepas abang suspek dan beberapa guru menahannya serta merampas senjata digunakan dalam kejadian tersebut.

"Abangnya berjaya merampas pisau itu selepas bergelut dengannya. Guru-guru pula cuba menenangkannya," kata saksi itu.

SAYS.com
Image via Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: