Inisiatif Rakyat Malaysia Belanja Makanan Untuk Warga Indonesia Buat Ramai Tersentuh

Tindakan mulia itu mendapat pujian dan terima kasih daripada rakyat Indonesia.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pergolakan yang berlaku di Indonesia baru-baru ini nyata menyentuh hati rakyat Malaysia

Ramai yang meluahkan rasa simpati dan mendoakan keadaan negara jiran itu kembali aman.

Namun, ada juga yang memilih untuk bertindak lebih jauh, bukan sekadar menzahirkan doa atau kata-kata semangat, tetapi menghulurkan bantuan dengan cara yang cukup kreatif dan bermakna.

Dengan hanya menukar tetapan lokasi aplikasi penghantaran makanan ke bandar-bandar utama di Indonesia, rakyat Malaysia membuat pesanan makanan yang kemudiannya disedekahkan kepada penduduk tempatan yang terkesan, termasuk juga penghantar makanan yang bekerja keras di tengah situasi sukar.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Individu dedah ramai rakyat Malaysia ambil peluang bantu Indonesia

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna bernama @larasatipusparasa meluahkan rasa sebak apabila mendapati ramai rakyat Malaysia mengambil peluang untuk membantu rakyat Indonesia yang terkesan dengan pergolakan di negara itu.

Katanya, ada yang menggunakan aplikasi penghantaran makanan seperti Grab dan Ojek dalam talian (ojol) untuk membuat pesanan makanan khas buat rakyat tempatan.

"Untuk semua rakyat Malaysia, terima kasih banyak-banyak. MasyaAllah Tabarakallah. Saya rasa terharu gila tengok korang order Grab belikan makanan.

"Semoga kebaikan korang dibalas berlipat ganda oleh Allah SWT. Aamiin ya Rab. Love you lots," tulisnya.

SAYS.com
Image via @larasatipusparasa (Threads)

Perkongsian itu turut disertakan dengan beberapa tangkap layar pesanan makanan yang dihantar oleh rakyat Malaysia. Antara yang mencuri perhatian, seorang pengguna membuat pesanan nasi goreng berharga 102,000 rupiah (lebih kurang RM25) dengan nota ringkas:

"Tak perlu dihantar, makanlah sendiri atau kongsi dengan teman."

Walaupun nampak kecil, tindakan sebegini memberi makna yang besar, ia bukan sekadar mengisi perut, tetapi juga tanda solidariti dan kasih sayang serumpun.

Sementara itu, protes di Jakarta yang bermula minggu lalu semakin merebak ke bandar-bandar lain.

Ia tercetus bagi membantah dasar kerajaan termasuk kenaikan elaun perumahan Ahli Parlimen mencecah 50 juta rupiah (RM13,000) sebulan, kos sara hidup yang semakin menekan, penarikan subsidi tertentu, cukai hartanah yang tinggi serta pemecatan besar-besaran.

Keadaan menjadi semakin tegang selepas seorang penunggang Ojek, Affan Kurniawan, dilaporkan maut selepas dilanggar kenderaan polis ketika demonstrasi berlangsung. Setakat ini, protes besar-besaran itu telah meragut enam nyawa.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik