Ini Senarai 31 Pengelola Jemaah Haji (PJH) Musim 1447H/2026M Yang Dilantik Tabung Haji
Semua bakal jemaah disaran menyemak senarai rasmi PJH berlesen melalui portal TH di www.tabunghaji.gov.my.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lembaga Tabung Haji (TH) pada Jumaat mengumumkan pelantikan 31 syarikat pelancongan yang diberikan lesen rasmi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi menawarkan pakej haji musim 1447H/2026M
Ketua Jabatan Haji TH, Mohd Hisham Harun, berkata Jawatankuasa Urusan Haji menilai 60 permohonan lesen sebelum memilih 31 syarikat berdasarkan semakan menyeluruh meliputi keupayaan kewangan, pematuhan undang-undang, rekod pengurusan jemaah serta prestasi operasi terdahulu.
"Pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan TH dalam memastikan PJH beroperasi mengikut piawaian, garis panduan dan syarat yang ditetapkan, selaras dengan tanggungjawab TH sebagai peneraju urusan haji negara," katanya dalam kenyataan.

Beri amaran agar berhati-hati dengan tawaran pakej haji oleh pihak tidak berlesen
Mohd Hisham turut menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap sebarang tawaran pakej haji yang dibuat oleh pihak tidak berlesen, sambil mengingatkan bakal jemaah untuk menyemak senarai rasmi PJH berlesen melalui portal TH di www.tabunghaji.gov.my.
"TH menegaskan bahawa sebarang tawaran haji oleh pihak tidak berlesen adalah menyalahi Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dianggap sebagai penipuan (scam)," katanya.
Beliau menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau agensi yang terlibat, selain menyeru umat Islam yang berhasrat menunaikan ibadah haji supaya hanya berurusan dengan PJH sah dan dilesenkan oleh TH bagi mengelak sebarang risiko penipuan atau kerugian.
Berikut senarai 31 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) 1447H/2026M yang dilantik oleh Lembaga Tabung Haji (TH):
- TH Travel & Services Sdn Bhd
- Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd
- Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd
- Amani Travel Sdn Bhd
- Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
- Az Safir Travel And Tours Sdn Bhd
- Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
- Busyra Holidays Sdn Bhd
- CS Holidays Sdn Bhd
- Eiman Travel & Tours Sdn Bhd
- Felda Travel Sdn Bhd
- Gemilang Travel And Tours Sdn Bhd
- Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd
- In Saff Travel And Tours Sdn Bhd
- Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd
- JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd
- Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd
- Juara Travel & Tours Sdn Bhd
- Kembara Umrah Sdn Bhd
- KRS Travel Sdn Bhd
- KUJDT (Tiara Mass Travel & Tours Sdn Bhd)
- Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd
- MIMM Travel & Tours Sdn Bhd
- Qashwa Travel Sdn Bhd
- Rayhar Travels Sdn Bhd
- Rehlah International Travel & Tours Sdn Bhd
- Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn Bhd
- TITIM Travel Sdn Bhd
- Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd
- Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd
- Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 