Ini Sebab Kenapa Malaysia Guna Plug 3-Pin Untuk Perkakas & Peralatan Elektrik
Bukan kebetulan, ada banyak faktor Malaysia guna plug 3-pin.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap negara ada jenis plag mereka sendiri dan kebanyakannya berbeza-beza mengikut saiz dan jenis
Soket elektrik di Malaysia selama ini menggunakan plug 3-pin sama seperti di United Kingdom (UK) dan ia bukanlah kebetulan seperti yang ramai sangka.
Ditulis oleh Wiring Rumah, plug ini dikenali sebagai plug Type-G. Penggunaan plug ini penting dari segi sejarah, teknik dan praktikal kerana Malaysia kekal menggunakan sistem plug sama sehingga hari ini.
Ini sebab kenapa Malaysia menggunakan plug piawaian UK
1. Pengaruh penjajahan British

Seperti yang ramai tahu, Malaysia pernah dijajah oleh British dari akhir 1800-an sehinggalah kita merdeka pada tahun 1957.
Dengan pentadbiran dan infrastruktur yang diterapkan dari United Kingdom, kita menggunakan plug Type-G dan digunakan secara meluas di Malaysia.
Untuk pengetahuan semua, negara-negara yang pernah dijajah British banyak masih menggunakan plug Type-G ini seperti Hong Kong, Singapura, Cyprus dan lain-lain.
2. Penyeragaman negara Komanwel

Satu sistem yang mudah untuk banyak negara. Malaysia telah mengekalkan piawaian UK untuk memudahkan Malaysia dari segi import, pengilangan, dan pematuhan peraturan.
Pelancong-pelancong dari negara Komanwel juga tidak perlu kusut untuk memikirkan jenis plag di Malaysia dan tidak perlu membeli soket universal untuk penggunaan barangan elektrik di luar negara.
Antara negara dengan plug UK:
- Malaysia
- Singapura
- Cambodia
- Hong Kong
- Myanmar
- Nigeria
- Oman
- Pakistan
- Ireland
3. Kelebihan dan keselamatan Plug Type-G

Plug ini sebenarnya direka khas untuk melindungi pengguna.
Plug Type-G dianggap sebagai antara plug paling selamat di dalam dunia. Ia mempunyai fius 13A di dalam, pin dengan penebat dan sistem pembumian (grounding).
Perkara ini sekaligus akan mengurangkan risiko kejutan elektrik atau kebakaran dan sangat sesuai untuk digunakan di mana-mana rumah dan tempat komersial.
4. Pewarisan Infrastruktur

Menukarkan piawai plug dan soket untuk satu-satu negara bukanlah senang dan ia akan memakan kos yang sangat tinggi.
Sesebuah negara itu perlu mengeluarkan jutaan wang ringgit untuk menukarkan soket dan plug di jutaan bangunan, menukarkan barangan import, penukaran pengesahan pengeluar dan cara pemasangan.
Logistik yang diperlukan tidak praktikal dan lebih baik untuk mengekalkan sahaja plug Type-G ini untuk kemudahan pengilang, peruncit, juru elektrik dan pengguna.
Plug Type-G ini pula lebih mudah dan murah.
Kewujudan dan penggunaan plug Type-G 3-pin ini di Malaysia dipengaruhi oleh penjajahan British yang menerapkan infrastruktur mereka dan akhirnya diteruskan penggunaannya demi keselamatan, ekonomi dan faktor praktikal.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 