Ini Makna Sebenar Lirik Lagu Lion King ‘Circle Of Life’ – “Selama Ini Kita Semua Salah”

Hanya singa, seekor singa.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lion King adalah antara filem animasi klasik Disney yang sangat disukai ramai

Beberapa lagu-lagu ikonik dari filem itu juga telah menjadi kesukaan untuk nyanyian kanak-kanak dan orang ramai seperti 'Circle of Life', 'Hakuna Matata' dan 'Be Prepared'.

Lion King telah ditayangkan pada tahun 1994 mendapat pecah panggung dan membolot banyak anugerah di Academy Award, Golden Globe dan Satellite Award.

Babak pembukaan Lion King dengan lagu 'Circle of Life', telah menjadi antara pembukaan babak paling ikonik dunia animasi dengan mulanya matahari terbit di sebalik langit kemerahan dengan adegan haiwan-haiwan lain bangun untuk melihat anak raja singa yang baru dilahirkan.

SAYS.com
Image via Disney+

Lagu ini menggunakan bahasa Zulu dari Afrika Selatan dan ditutur oleh lebih dari 29 juta orang di negara seperti Zimbabwe, Mozambique, Malawi dan banyak lagi negara lain di Afrika Selatan.

Disebabkan lagu ini sangat epik, liriknya mestilah epik seperti yang disangka.

Ini makna sebenar lirik pembukaan 'Circle of Life'

Makna lirik ini telah dikongsikan oleh Pelawak Zimbabwe Learnmore Jonasi di podcast One54 Africa oleh Akbar Gbaja dan pelawak Godfrey.

Learnmore Jonasi telah ditanyakan satu soalan mengenai rasa tidak senangnya dengan Lion King terutama lirik lagu 'Circle of Life'.

SAYS.com
Image via One54 Africa / YouTube

Jonasi kemudian menyanyikan dan memberitahu liriknya adalah seperti ini;

"Nants ingonyama bagithi baba / Sithi uhhmm ingonyama / Ingonyama / Siyo Nqoba / Ingonyama / Ingonyama nengw' enamabala," dari nyanyian dari Jonasi.

Apabila diterjemah kepada bahasa inggeris, terus menghilang rasa epik dan kagum mengenai lagu tersebut.

SAYS.com
Image via Screenrant

"Look! There's a lion! Oh my God! Its a lion~," kata Jonasi dan sejurus selepas itu kedua-dua hos terus tertawa terbahak-bahak mengenai maknanya.

"Tengok! Ada seekor singa! Ya Tuhanku! Ada singa~," katanya.

"Itu sahaja? Jadi selama ini, saya sangka liriknya cantik dan megah dengan kerohanian. Mereka telah membuat berbilion wang untuk lagu itu," ujar Godfrey.

Jika di terjemah lirik itu ke bahasa inggeris adalah "Here comes our lion, father / Oh yes he's a lion/ A lion/ We're going to conquer / A lion and a leopard come to this open place.".

SAYS.com
Image via IMDB

Ini bermakna lagu itu selama ini hanya memberitahu kita mengenai seekor singa yang datang untuk menakluk.

Bukan itu sahaja 'masalah' Jonasi dengan Lion King, tetapi bagaimana singa-singa di Afrika Selatan menggunakan bahasa inggeris dengan pelat Amerika Syarikat dan United Kingdom tetapi monyet Rafiki mempunyai pelat bahasa inggeris Afrika Selatan.

Pembetulan makna dari orang Afrika Selatan yang menggunakan Zulu sebagai bahasa pertuturan seharian

Di Instagram, seorang wanita dengan nama Jannamerella yang merupakan seorang dari Afrika Selatan dan bercakap bahasa zulu memberitahu dan memperbetulkan makna sebenar lagu itu.

Lagu itu mempunyai makna yang lebih dari apa yang orang tahu dimana lirik itu sebenarnya mempunyai perkataan Raja. Lagu itu memberi fokus kepada Raja Singa bukan sahaja seekor singa.

Lirik sebenar "Datangnya Raja Singa Kami, Ya dia Raja Singa! Ada Raja Singa."

Bahasa adalah sesuatu yang sangat kompleks dan dengan pelbagai jenis bahasa yang digunakan di dalam dunia ini, tidak hairanlah ramai orang menterjemah dengan salah atau lari daripada makna asalnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: