Ini Cara Beli Minyak Masak Peket Bersubsidi Dengan Aplikasi eCOSS
Melalui aplikasi ini, pembelian minyak masak paket kini dipantau dengan lebih ketat dan teratur.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Minyak masak paket bersubsidi merupakan antara barangan keperluan harian paling penting untuk rakyat Malaysia, terutamanya golongan B40
Disebabkan harganya yang jauh lebih murah berbanding minyak botol, bekalan minyak paket sering menjadi sasaran penyelewengan dan pembelian pukal oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Akibatnya, pengguna sebenar pula yang terkesan apabila stok cepat habis di pasaran.
Bagi memastikan subsidi sampai kepada golongan yang sepatutnya, kerajaan memperkenalkan sistem digital eCOSS (Electronic Control of Subsidised Supply).
Melalui aplikasi ini, pembelian minyak masak paket kini dipantau dengan lebih ketat dan teratur.
Berikut ialah panduan lengkap untuk anda faham cara beli minyak masak bersubsidi menggunakan aplikasi eCOSS.

Cara beli minyak masak paket bersubsidi guna aplikasi eCOSS:
1. Muat turun dan daftar akaun eCOSS
Langkah pertama, muat turun aplikasi eCOSS di telefon pintar anda. Aplikasi ini tersedia untuk pengguna iPhone, Android dan Huawei. Muat turun di sini.
Selepas itu, daftar akaun menggunakan pengesahan e-KYC dengan MyKad. Proses ini hanya perlu dibuat sekali sahaja.
2. Pergi ke kedai yang menyertai eCOSS
Tidak semua kedai menjual minyak masak paket bersubsidi.
Pastikan anda pergi ke kedai runcit, pasar mini atau premis yang menyertai sistem eCOSS dan mempunyai kod QR peruncit yang sah.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Bernama3. Buka aplikasi eCOSS
Apabila tiba di kedai, buka aplikasi eCOSS di telefon anda dan pastikan sambungan internet tersedia untuk melancarkan proses pembelian.
4. Imbas kod QR peruncit
Tekan butang "Imbas Kod QR" dalam aplikasi, kemudian imbas kod QR yang dipaparkan di kaunter peruncit.
Kod ini digunakan untuk merekodkan transaksi secara sah.

5. Pilih jumlah minyak masak paket
Pilih kuantiti minyak masak paket 1kg yang ingin dibeli. Jumlah pembelian tertakluk kepada had kuota yang telah ditetapkan bagi setiap pembeli.
6. Sahkan transaksi dan buat bayaran
Sahkan maklumat pembelian dalam aplikasi dan buat bayaran pada harga RM2.50 bagi setiap peket 1kg.
Pembayaran dibuat terus kepada peruncit seperti biasa.
7. Rekod pembelian disimpan secara digital
Setiap transaksi akan direkodkan secara automatik dalam aplikasi eCOSS.
Anda boleh menyemak sejarah pembelian pada bila-bila masa sebagai rujukan.

Perkara penting yang perlu anda tahu:
- Sambungan internet diperlukan untuk transaksi, namun peruncit masih boleh merekod pembelian secara manual jika berlaku gangguan capaian.
- Aplikasi eCOSS digunakan khusus untuk mengawal pembelian barangan bersubsidi dan data peribadi pengguna dilindungi di bawah polisi keselamatan kerajaan.
- Sistem ini diwujudkan bagi mengelakkan pembelian pukal dan penyelewengan subsidi.
Oleh sebab itu, penggunaan eCOSS membantu memastikan minyak masak paket bersubsidi sampai kepada golongan yang benar-benar layak, selain menjadikan sistem pengagihan lebih adil dan telus.
Walaupun prosesnya sedikit berbeza berbanding sebelum ini, ia sebenarnya memudahkan pemantauan dan melindungi hak pengguna dalam jangka panjang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 