Ini 6 Intipati Penting Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia Oleh PMX Yang Anda Kena Tahu

Semoga bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu pengumuman khas bertemakan "penghargaan luar biasa buat rakyat Malaysia" pada hari ini, 23 Julai

Beliau telah mengumumkan beberapa inisiatif penting bagi membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

SAYS.com
Image via Anwar Ibrahim (Facebook)

Berikut adalah enam pengumuman utama yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia:


1. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 one-off kepada rakyat berusia 18 tahun ke atas

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off kepada semua rakyat dewasa berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad mulai 31 Ogos, buat pertama kalinya dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada seluruh rakyat dewasa.

SAYS.com
Image via Anwar Ibrahim (Facebook)

2. Hari kelepasan am tambahan sempena Hari Malaysia

Hari kelepasan am tambahan pada Isnin, 15 September 2025 bersempena Hari Malaysia sebagai tanda penghargaan atas ikatan yang membentuk kita sebagai bangsa.

SAYS.com
Image via Anwar Ibrahim (Facebook)

3. Harga petrol RON95 diturunkan

Harga petrol RON95 akan turun untuk rakyat Malaysia kepada RM1.99 seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September ini.

SAYS.com
Image via Anwar Ibrahim (Facebook)

4. Tiada kenaikan tol bagi 10 lebuh raya

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan bersetuju menangguh kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama.

Antara lebuh raya yang terbabit adalah:

  • Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)
  • Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
  • Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)
SAYS.com
Image via Anwar Ibrahim (Facebook)

5. Peruntukan Jualan Rahmah MADANI 2025

Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan Jualan Rahmah MADANI 2025 tahun ini ditingkatkan sekali ganda lagi menjadi RM600 juta, berbanding yang diumum sebelum ini RM300 juta.

Menurutnya, ia diperluas ke semua 600 kawasan DUN agar harga barangan asas mampu milik lebih dekat dengan setiap keluarga.

SAYS.com
Image via Anwar Ibrahim (Facebook)

6. Penurunan bil elektrik

Sebanyak 85 peratus pengguna domestik menikmati penurunan bil elektrik Julai 2025 bagi penggunaan yang sama, berbanding separuh tahun pertama 2025 iaitu sehingga 14 peratus.

SAYS.com
Image via Anwar Ibrahim (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: