Ini 10 Fakta Tentang ‘The Beast’ Kereta Presiden Amerika Syarikat Yang Anda Kena Tahu

Fuhh, bukan biasa-biasa The Beast ni!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Spyscape & Business Insider
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai menyangka kereta rasmi Presiden Amerika Syarikat sekadar kenderaan mewah yang besar dan eksklusif

Namun hakikatnya, kenderaan yang dikenali sebagai 'The Beast' itu bukan sekadar simbol status. Ia merupakan bunker bergerak yang direka khusus untuk melindungi pemimpin tertinggi negara itu daripada sebarang ancaman fizikal, letupan, atau serangan kimia.

Setiap inci rekaannya menekankan aspek keselamatan dan ketahanan ekstrem, menjadikannya antara kenderaan paling selamat dan kompleks di dunia.

Berikut beberapa fakta luar biasa tentang 'The Beast' yang menjelaskan mengapa ia digelar 'binatang jalanan' berdasarkan perkongsian seorang pengguna di laman Threads:

SAYS.com
Image via Metro
SAYS.com
Image via Anwar Ibrahim (Facebook)

1. Berat hampir sama seperti lori

'The Beast' mempunyai berat antara 6.8 hingga 9 tan, seberat sebuah lori sederhana. Ketahanan struktur dan bahan binaannya menjadikan kenderaan tersebut sangat kukuh. Jika terlibat dalam perlanggaran, kemungkinan besar struktur luaran seperti pembahagi jalan akan mengalami lebih banyak kerosakan berbanding kenderaan itu.

2. Dinding dan pintu setebal pintu kapal terbang

Setiap pintu direka setebal 8 inci, dengan berat hampir menyamai pintu pesawat Boeing 757. Lapisan keluli, aluminium, seramik dan bahan komposit menjadikannya kalis peluru sepenuhnya, termasuk terhadap tembakan sniper.

SAYS.com
Image via Wikipedia

3. Tingkap tidak boleh dibuka

Kesemua tingkap pada 'The Beast' dikunci mati, kecuali tingkap pemandu yang hanya boleh diturunkan sekitar 3 inci. Setiap satu diperbuat daripada lapisan kaca setebal 5 inci yang mampu menahan peluru dan serpihan letupan.

4. Dilengkapi sistem oksigen sendiri

Bagi menghadapi sebarang kemungkinan serangan kimia atau biologi, kabin kenderaan itu boleh ditutup rapat sepenuhnya. Ia turut dilengkapi sistem bekalan oksigen khas, membolehkan Presiden bernafas dalam keadaan udara tercemar tanpa perlu membuka tingkap.

SAYS.com
Image via Business Insider

5. Menyimpan darah Presiden di dalam kenderaan

Antara ciri paling unik ialah kehadiran peti sejuk mini yang menyimpan darah jenis sama dengan Presiden. Ini bagi memastikan proses transfusi darah kecemasan boleh dilakukan serta-merta sekiranya berlaku insiden tidak dijangka.

6. Tangki bahan api kalis letupan

Tangki minyak 'The Beast' dilindungi dengan buih khas anti-letupan, direka untuk mengelakkan kebakaran atau letupan walaupun ditembak. Sistem keselamatan itu dianggap antara paling canggih dalam dunia automotif moden.

SAYS.com
Image via The Vibes

7. Tayar tidak boleh pancit

Tayar kenderaan tersebut menggunakan teknologi run-flat, membolehkan ia terus bergerak walaupun tayar ditembak atau bocor. Di dalam tayar terdapat rim keluli khas yang mengekalkan bentuk roda dan kestabilan walaupun tanpa tekanan angin.

8. Dilengkapi sistem pertahanan taktikal

'The Beast' turut mempunyai sistem pertahanan khas, termasuk pelancar gas pemedih mata, senjata api, dan sistem asap bagi menutup pandangan musuh ketika berlaku serangan. Ia memberi peluang untuk Presiden dipindahkan dengan selamat dalam situasi kecemasan.

SAYS.com
Image via Spyscape

9. Komunikasi terus ke pusat kawalan tentera

Kenderaan itu dipasang sistem komunikasi satelit khas yang membolehkan Presiden berhubung secara terus dengan Pentagon dan Rumah Putih pada bila-bila masa. Ini memastikan kesinambungan kawalan negara tidak terputus walaupun dalam situasi krisis.

10. Dibawa ke mana-mana dalam dunia

'The Beast' bukan sekadar digunakan di Amerika Syarikat. Setiap kali Presiden melakukan lawatan rasmi ke luar negara, kenderaan tersebut akan diterbangkan menggunakan pesawat pengangkut tentera khas. Hanya segelintir juruteknik terlatih dibenarkan menyentuh dan menyelenggaranya.

Dengan semua ciri pertahanan yang dimilikinya daripada sistem oksigen dalaman, tayar kalis tembakan, hingga simpanan darah kecemasan, 'The Beast' membuktikan bahawa ia bukan sekadar kereta rasmi, tetapi sistem perlindungan bergerak paling selamat di dunia

Berat seperti kereta kebal, kalis peluru, tahan letupan dan mampu beroperasi dalam keadaan ekstrem. 'The Beast' sememangnya layak digelar monster sebenar di jalan raya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik