Influencer Di China Kini Diwajibkan Ada ‘Degree’ Sebelum Buat Content Ilmiah

Malaysia bila lagi?

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bermula pada 25 Oktober lepas, negara China telah menguatkuasakan undang-undang baru terhadap pencipta kandungan

Undang-undang ini menyatakan sesiapa yang menghasilkan kandungan berkaitan topik-topik ilmiah perlu mempunyai kelayakan rasmi.

Topik-topik ilmiah tersebut merangkumi kandungan perubatan, perundangan, kewangan dan pendidikan.

Mereka boleh mengulas topik-topik yang lain daripada itu seperti biasa tanpa kekangan.

SAYS.com
Image via The Brew News

Di China mahupun Malaysia sudah banyak kali berlaku perkara dimana maklumat yang diberikan oleh seseorang itu tidak tepat sehingga memudaratkan orang ramai.

Langkah ini bertujuan memerangi maklumat palsu

Perkara ini akan berlaku terutamanya kepada influencer yang mempunyai pengikut yang ramai.

Di bawah undang-undang baru ini, influencer di China perlu menunjukkan bukti kepakaran mereka melalui ijazah, sijil atau kelayakan profesional berkaitan.

Menurut laporan di marketing4commerce, pelantar seperti Douyin (TikTok versi China), Bilibili, atau Weibo akan memerlukan bukti untuk bercakap mengenai beberapa topik ini.

SAYS.com
Image via Rest of World

Mereka juga perlu memberikan rujukan yang boleh dipercayai seperti kajian dan juga memberitahu jika sesuatu video itu menggunakan kecerdasan buatan (AI).

China juga telah mengharamkan sebarang periklanan perkhidmatan berkaitan perubatan termasuk barangan suplemen dan makanan kesihatan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa orang yang menganggap tindakan ini menyekat kreativiti rakyat.

Patutkah Malaysia membuat langkah yang sama?

@dailymail China has passed a new law requiring influencers to hold a degree in the topics they discuss in their content. The law, which went into effect October 25, was reportedly put in place to reduce misinformation online. The Cyberspace Administration of China (CAC) has also banned advertising for medical products and services. #news #influencer #socialmedia #china ♬ original sound – Daily Mail

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: