Indonesia Bakal Hapuskan Tiga Sifar Pada Mata Wang Rupiah, IDR1,000 Menjadi IDR1
Difahamkan, penukaran ini untuk meningkatkan kecekapan dan memudahkan transaksi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan Indonesia bakal merangka rang undang-undang untuk menukar denominasi rupiah dan dijangka siap pada tahun 2027
RUU baharu ini adalah program strategik Kementerian Kewangan Indonesia yang ketuai Menteri Kewangan Purbaya Yudhi Sadewa.
RUU mengenai Perubahan Kadar Rupiah ini dirancang akan siap pada tahun 2027 nanti.
Tiga sifar daripada denominasi rupiah tanpa mengubah kuasa beli akan dibuat untuk meningkatkan kecekapan dan memudahkan transaksi kewangan.
1,000 rupiah akan menjadi 1 rupiah selepas denominasi semula ini
Menurut laporan dari Berita Harian, denominasi semula ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan ekonomi dan memperkukuh daya saing dan mengekalkan momentum pertumbuhan rupiah.

Nilai barangan atau kuasa beli juga akan kekal dan tidak akan berubah.
Menghapuskan nombor sifar daripada rupiah telah lama menjadi sebahagian daripada agenda kerajaan Indonesia.
Ini juga bermakna pembelian untuk ramai pelancong dari serata dunia terutamanya Malaysia tidak lagi akan menyukarkan sesi jual beli kerana jumlah denominasi mata wang yang tinggi sangat mengelirukan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 