Individu Warga India Dipuji Belanja Makan RM300 Buat Warga Emas Pelbagai Kaum & OKU

Difahamkan, sumbangan ini daripada seorang sahabat berbangsa India, yang dipercayai menetap di Kuala Lumpur.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia, sebuah negara yang terletak di tengah-tengah Asia Tenggara, seringkali dirujuk sebagai "Asia yang Sebenar" (Truly Asia), dan jolokan ini bukanlah sekadar slogan kosong

Ia adalah manifestasi kepada realiti unik dan indah yang menjadi tunjang kepada identiti negara iaitu, sebuah masyarakat yang bukan sahaja berbilang kaum, tetapi juga hidup dalam keharmonian yang menjadi contoh kepada dunia.

Buktinya, tular baru-baru ini selepas seorang individu warga India yang menyimbang RM300 secara ikhlas di sebuah kedai makan untuk berbelanja warga emas dan orang kurang upaya (OKU) pelbagai bangsa.

SAYS.com
Image via Nasi Kandar Sulaiman (Facebook)

Telah membuat sumbangan sebanyak tiga kali berturut-turut

Menerusi perkongsian di Facebook Nasi Kandar Sulaiman, kebaikan ini bermula daripada seorang sahabat berbangsa India, yang dipercayai menetap di Kuala Lumpur.

Meskipun tidak mengenali secara dekat, beliau telah menunjukkan tahap kepercayaan yang luar biasa dengan memindahkan sejumlah wang kepada individu yang menguruskan sumbangan ini.

"Beliau percaya dengan saya, beliau terus pindahkan duit kepada saya. Memang hebat beliau.

"Sahabat India ini telah membuat sumbangan sebanyak tiga kali berturut-turut, di mana setiap kali sumbangan berjumlah RM300.

"Amanah ini digunakan sepenuhnya untuk belanja makanan bagi golongan yang memerlukan, terutamanya warga emas dan OKU," kata pengurus sumbangan tersebut.

SAYS.com
Image via Nasi Kandar Sulaiman (Facebook)
SAYS.com
Image via Nasi Kandar Sulaiman (Facebook)

Dengan dana RM300 yang diamanahkan itu, pengurus sumbangan berkenaan telah berjaya membelanjakan makan ramai warga emas dan beberapa orang OKU.

Apa yang menjadikan kisah ini lebih istimewa ialah kesan silang kaum yang terhasil.

Sungguhpun penderma adalah berbangsa India, namun penerima manfaat termasuklah pelbagai kaum, terutamanya Melayu dan Cina.

"Yang sumbang duit adalah orang India, tetapi ramai juga Cina dan Melayu yang dapat saya belanja. Inilah yang orang kata sedekah memupuk perpaduan," tambahnya lagi.

Tindakan mulia ini jelas menggambarkan hati yang sangat suci. Penderma telah tergerak hati untuk berkongsi rezeki dan hasilnya adalah penyatuan hati masyarakat melalui hidangan yang sama.

SAYS.com
Image via Nasi Kandar Sulaiman (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik