Individu Ulang Alik Ke Singapura Lebih 8 Kali Dalam Sebulan, Tak Layak Terima STR

Warganegara yang terkesan dinasihatkan mengemukakan rayuan yang kini dibuka sepanjang tahun.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Warganegara Malaysia yang bekerja dan berulang-alik ke Singapura perlu memenuhi kriteria ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), termasuk syarat pemastautin, bagi melayakkan mereka menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong di laman Facebook miliknya, individu yang dikesan keluar masuk merentasi sempadan Singapura sebanyak lapan kali atau lebih dalam tempoh sebulan akan dikategorikan sebagai bekerja di luar negara.

Tafsiran ini dibuat berdasarkan andaian bahawa individu tersebut berulang-alik secara mingguan, sekali gus memberi kesan kepada status kelayakan mereka sebagai penerima bantuan tersebut.

"Hanya warganegara yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan sahaja, termasuk menetap di Malaysia, berhak menerima bantuan. Penyaluran STR dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

"Pendekatan ini dapat memastikan bantuan disalurkan secara adil, tepat sasaran, dan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.

"Apabila timbul isu kelayakan STR "dibatalkan" untuk warga Malaysia yang kerap keluar masuk Singapura, ia sebenarnya tidak dibatalkan tetapi berstatus "Tidak Lulus" (di bawah Kod Alasan 31), iaitu pemohon atau pasangan menetap, bekerja, atau mengikuti pengajian di luar negara," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

LHDN pantau kelayakan pemohon melalui kekerapan pergerakan merentasi sempadan negara

Sementara itu, LHDN menggunakan mekanisme pemantauan khusus terhadap rekod pergerakan merentasi sempadan bagi menentukan status kelayakan pemohon.

"Bagi membezakan di antara urusan sementara dan tinggal/bekerja di luar negara, LHDN menggunakan pendekatan berikut.

"1 hingga 7 kali sebulan: masih dianggap urusan biasa dan munasabah, seperti rawatan perubatan, kecemasan, tugasan jangka pendek atau urusan keluarga.

"8 kali dan ke atas sebulan: ditafsirkan sebagai tempoh signifikan berada di luar negara," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Liew Chin Tong (Facebook)

Chin Tong menegaskan bahawa STR merupakan inisiatif bantuan tunai bersasar yang berpaksikan semangat "kita jaga kita" khusus untuk rakyat Malaysia.

Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan komited memastikan pengagihan bantuan tersebut dilakukan secara adil dan saksama memandangkan ia melibatkan peruntukan daripada dana awam serta pembayar cukai.

"Kerajaan Madani sentiasa prihatin dengan maklum balas dan terbuka untuk pertimbangan rayuan.

"Bagi warganegara yang terkesan dengan pelaksanaan dasar ini, mereka digalakkan untuk membuat rayuan yang dibuka sepanjang tahun 2026," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: