Individu Dedah Pengalaman Dapat Housemate Pengotor, Biar Nasi Berminggu-Minggu Sampai Berulat

Gelinya tengok ulat sampai penuh atas meja.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @svngholvr (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isu housemate pengotor dan tiada common sense sering menjadi topik perbualan di media sosial

Kebanyakannya hanya dibaca di Threads atau TikTok, sekadar hiburan atau pengajaran dari jauh. Namun bagi seorang individu ini, apa yang sering dilihat di skrin akhirnya menjadi realiti yang perlu dihadapi sendiri.

Menerusi satu perkongsian di Threads, individu tersebut mendedahkan pengalaman menyewa di sebuah rumah dua tingkat yang didiami seramai 10 orang.

Dia dan seorang rakannya menyewa sebuah bilik, manakala lapan lagi penghuni lain merupakan individu dewasa yang sudah bekerja dan tidak dikenali secara peribadi.

Menurutnya, situasi itu sepatutnya tidak menimbulkan masalah besar memandangkan majoriti penghuni adalah orang dewasa. Namun sebaliknya berlaku.

Antara insiden paling menjijikkan yang dikongsikan ialah keadaan pinggan milik rakannya yang ditinggalkan dalam keadaan kotor sehingga menyebabkan mereka langsung tidak sanggup menggunakannya semula

Apa yang lebih mengecewakan, kejadian itu berlaku ketika mereka berdua tidak berada di rumah kerana pulang bercuti semester. Selain isu pinggan, individu tersebut turut mendedahkan beberapa amalan lain yang dianggap 'questionable' dan sukar diterima akal.

Antaranya, nasi lebihan yang disimpan dalam plastik, diikat dan diletakkan terus ke dalam tempat beku selama beberapa hari tanpa tujuan yang jelas.

Malah, ada penghuni yang membiarkan pakaian basah dalam mesin basuh selama dua hingga tiga jam sebelum dijemur, menyebabkan bau kepam dan hilang bau sabun.

Lebih mengejutkan, individu tersebut turut menolak stereotaip biasa yang sering dikaitkan dengan isu kebersihan. Menurutnya, penghuni yang terlibat bukanlah individu yang menjaga penampilan atau terlalu mementingkan imej luaran.

"Mostly orang assume pelaku ni suka melawa dan cantik-cantik. Unfortunately, tak. Dari penampilan pun memang tak jaga," katanya.

Lihat perkongsian Threads di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via