Individu Cetus Ancaman Bom Palsu Di KLIA Kini Ditahan Polis Untuk Siasatan Lanjut
Insiden itu dikesan jam 5.32 petang pada 2 Disember 2025 sebelum pesawat berkenaan dijadualkan berlepas.
Cover image via @uncle.afan (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Suasana di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kecoh semalam selepas seorang individu didakwa mencetuskan ancaman bom palsu melibatkan sebuah penerbangan domestik


Dalam sebuah kenyataan Malaysia Airports, insiden itu dikesan sekitar jam 5.32 petang pada 2 Disember 2025 sebelum pesawat berkenaan dijadualkan berlepas.
Menurut Malaysia Airports, pasukan Keselamatan Penerbangan segera mengaktifkan protokol tindak balas kecemasan, termasuk:
- Mengamankan kawasan terlibat.
- Menyuraikan penumpang di zon berisiko.
- Menyelaraskan tindakan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa berkaitan.
Beg yang didakwa mengandungi bahan letupan itu kemudiannya diperiksa dan didapati tidak membawa sebarang ancaman.

Suspek kini ditahan bagi siasatan lanjut
Menurut laporan Sinar Harian, individu terbabit telah ditahan serta diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut. Identiti suspek bagaimanapun tidak didedahkan kerana siasatan masih berjalan.
"Tindakan pantas pasukan keselamatan berjaya menstabilkan keadaan, sepanjang proses pemeriksaan, semua penumpang berada dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan.
Malaysia Airports turut mengesahkan bahawa sepanjang proses keselamatan dijalankan, semua penumpang berada dalam keadaan selamat.
Penerbangan yang terlibat kemudian berlepas pada jam 7.19 malam dengan baki penumpang selepas kawasan disahkan bebas ancaman.
Dalam pada itu, MAHB memberi peringatan keras bahawa membuat ancaman palsu, termasuk berkaitan bom, adalah kesalahan berat yang boleh membawa hukuman tegas di bawah undang-undang negara.
Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



