Impian Kerjaya Anak Guna Janaan AI Dipamerkan Di Graduasi Tadika – “Comel & Inspirasi”
Bestnya dapat tengok visual anak-anak bila dah besar.
Cover image via @biralimalurimelati (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika kebiasaannya majlis graduasi prasekolah sekadar dihiasi gambar statik sebagai latar belakang pentas, kali ini kelainan yang dibawakan benar-benar mencuri tumpuan
Membawa kelainan luar biasa, sebuah tadika Islamik kini beralih daripada hiasan pentas tradisional kepada penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Menerusi paparan video AI yang dinamik, impian dan cita-cita setiap graduan cilik divisualisasikan sebagai latar belakang pentas, menjadikan momen naik ke pelamin konvokesyen itu lebih bermakna dan ikonik.

Cita-cita direalisasikan menerusi AI
Momen naik ke pentas bagi pelajar tadika Islamik ini menjadi lebih bermakna apabila impian mereka 'dihidupkan' menerusi teknologi AI.
Rakaman yang dikongsikan di akaun TikTok @biralimalurimelati itu menunjukkan setiap murid disambut dengan latar belakang visual dinamik yang memaparkan kerjaya pilihan mereka daripada wira berbaju bomba sehinggalah peneroka angkasa lepas.
Pendekatan kreatif ini ternyata membuahkan hasil apabila ramai ibu bapa terharu menyaksikan cita-cita anak mereka divisualkan dengan begitu realistik di hadapan khalayak.
Di media sosial, penggunaan AI dalam majlis ini dianggap sebagai satu langkah ke hadapan yang berimpak besar.
Netizen menyifatkan ia sebagai penggunaan teknologi yang berhemah kerana mampu memberi motivasi awal kepada kanak-kanak untuk mengejar impian mereka.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



