Imam Tarawih Di Kelantan Terima Bayaran Cecah RM12,000 Sebulan Sepanjang Ramadan

Difahamkan, sepanjang 30 malam Ramadan, dua imam akan bertugas menjadikan jumlah keseluruhan bayaran mencecah RM12,000.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isu bayaran imam tarawih menjadi perhatian ramai apabila seorang imam di Kelantan mendedahkan jumlah bayaran yang boleh mencecah lima angka sepanjang Ramadan

Menurut laporan Sinar Harian, Imam Satu Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai, Ahmad Maher Safiain, 30, mengakui perkara itu bukanlah sesuatu yang baharu, namun jarang didedahkan kepada umum.

Menurutnya, masjid berkenaan menawarkan RM6,000 kepada seorang imam tarawih bagi tempoh sebulan. Sepanjang 30 malam Ramadan, dua imam akan bertugas menjadikan jumlah keseluruhan bayaran mencecah RM12,000.

Perkara itu menjadi tular selepas beliau memuat naik hantaran mencari imam tarawih dengan bayaran tersebut. Malah, beliau turut memaklumkan ada lokasi lain seperti Madinah Ramadan yang menawarkan bayaran hampir RM20,000 sepanjang bulan puasa.

SAYS.com

Imam Satu Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai, Ahmad Maher Safiain

Image via Sinar Harian

Tujuan pendedahan itu bukan untuk bermegah, sebaliknya mahu membuka mata masyarakat tentang peranan imam yang wajar dihargai setimpal dengan tanggungjawab dipikul

"Menjadi imam tarawih bukan tugas mudah. Selain bacaan perlu merdu, kami perlu menjaga tajwid, sebutan dan sifat huruf supaya tidak menyalahi hukum," katanya.

Ahmad Maher turut berkongsi pengalamannya ketika berusia 14 tahun, beliau pernah menjadi imam tarawih dan hanya menerima sebekas kuih akok sepanjang Ramadan. Kini, beliau menerima bayaran sehingga RM1,000 untuk satu malam sebagai imam jemputan di Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, pihak masjid perlu lebih kreatif mencari dana dan tidak hanya bergantung kepada tabung semata-mata kerana ramai jemaah sanggup menyumbang demi merebut pahala Ramadan.

Baginya, peningkatan bayaran imam juga selari dengan kos sara hidup semasa dan usaha mengangkat martabat golongan tersebut.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: