Ibu Zayn Rayyan Kekal Dipenjara, Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Tangguh Hukuman

Ismanira akan terus menjalani hukuman penjara sementara proses rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut diteruskan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian & Kosmo!
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Harapan ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin untuk dibebaskan sementara tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan menangguhkan hukuman penjara lima tahun yang sedang dijalaninya

Menurut laporan Sinar Harian, keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Aslam Zainuddin, yang tidak menerima rayuan Ismanira Abdul Manaf, 30, untuk dilepaskan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman kes pengabaian kanak-kanak autisme berkenaan didengar.

Ismanira sebelum ini disabitkan kesalahan mengabaikan anaknya, Zayn Rayyan, sehingga menyebabkan risiko kecederaan fizikal, satu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh yang mempunyai tanggungjawab pemeliharaan terhadap mangsa didakwa mengabaikan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai hingga ke kawasan sungai berhampiran, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 hingga jam 9.55 malam keesokan harinya.

Zayn Rayyan sebelum itu dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia di sebuah anak sungai berhampiran kawasan perumahan tersebut pada jam 10 malam, 6 Disember 2023. Mayat mangsa ditemukan kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

SAYS.com
Image via Sinar HarianImage via

Kesalahan yang didakwa membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Pada 31 Oktober lalu, Mahkamah Sesyen mendapati Ismanira bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Hakim Dr Syahliza Warnoh ketika itu turut menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah berpendapat tertuduh gagal menunjukkan sebarang faktor keistimewaan yang boleh mewajarkan penangguhan hukuman, sebelum memerintahkan Ismanira menjalani hukuman serta-merta di Penjara Wanita Kajang.

Dengan keputusan terbaharu Mahkamah Tinggi ini, Ismanira akan terus menjalani hukuman penjara sementara proses rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut diteruskan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: