Ibu Trauma Lihat Bayi 6 Bulan Dicampak & Ditampar Pengasuh Taska – “Tergamaknya”
Tak ada hati perut langsung, semoga pengasuh itu dikenakan tindakan!
Cover image via @liyanazulkifli (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang ibu meluahkan rasa sedih dan trauma selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan bayinya yang baru berusia enam bulan menjadi mangsa penderaan fizikal oleh pengasuh di sebuah taska di Taman Desa Petaling baru-baru ini
Menerusi rakaman tersebut, ia menunjukkan bayi berkenaan dicampak, digolek dan ditampar, sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai serta kebimbangan dalam kalangan ibu bapa yang menghantar anak ke pusat asuhan.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh ibu mangsa menerusi akaun Threads @liyanazulkifli, yang turut berkongsi bahawa bukan hanya anaknya, malah beberapa bayi lain dipercayai mengalami layanan kasar yang sama.

"Selalu dengar, tengok anak orang kena dera kat taska. Kalini jadi kat anak sendiri. 4 tahun tunggu. 4x gugur. 9 bulan aku kandungkan dia. Hancur nye hati tengok anak kena macam tu.
"Yang dibedung dicubit tu anak saya. Ye ank saya je dia buat mcm mcm. Anak saya tidur pun kena. Bila dah nangis didera pulak. Kalau tak ada kesan sampai sekarang mungkin tak tahu," tulisnya.
Dalam perkembangan terkini, wanita berkenaan memaklumkan bahawa pihak berkuasa telah menahan seorang individu yang disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan

Namun begitu, dia menegaskan masih menunggu penahanan suspek kedua yang dipercayai turut terlibat.
"Seorang dapat tangkap tapi saya masih tak puas hati sebab seorang lagi tak kena dan saya masih menunggu hingga hujung minggu ni. Kalau masih lagi belum tangkap satu persatu video akan saya muat naik," tulisnya lagi.
Dalam pada itu, dia turut menasihatkan ibu bapa lain supaya lebih berhati-hati dan berwaspada sebelum menghantar anak ke taska berkenaan, kerana bimbang kejadian sama turut menimpa bayi lain.
"Saya yakin anak-anak lain pun ada kena nasib yang sama dengan anak saya," katanya.
Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



