Ibu Pening Nama Anak Susah Sebut, JPN Nasihat Boleh Tukar Nama Sebelum 1 Tahun
Ini cara-cara tukar nama anak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini tular di laman Threads apabila seorang ibu menunjukkan nama anaknya sangat sukar untuk disebut
Menurut @lienda_idris di Threads, anak lelakinya kini akan memasuki 3 tahun, tetapi nama anaknya sangat sukar untuk disebut apatah lagi oleh dirinya sendiri, lagikan orang lain.
"Boleh lagi ke nak tukar nama anak? Bulan depan dah 3 tahun. Masalahnya aku nak sebut pun susah lagikan orang lain," katanya.

Ramai orang di komen memberikan nasihat atau juga membuat lawak mengenai kesukaran menyebut nama anak lelakinya.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hadir membantu
Pada mulanya JPN membuat gurauan mengenai kesukaran menyebut nama anak @lienda_idris iaitu Muhammad Hezeque Maleeq Bin Muhammad Gabriel Ikhwan.
"Sebutan Hezeque tu kalau orang tak tau mesti sebut Hezeque..padahal sebutan sebenar dia Hezeque," katanya.
JPN juga menjawab persoalan @lienda_idris mengenai penukaran nama anaknya.
"Tapi menjawab kepada soalan puan, pindaan nama anak boleh dibuat sebelum anak mencecah umur 1 tahun.. Apabila sudah lebih 1 tahun, pindaan boleh dibuat atas alasan tertentu..Sebagai contoh: nama membawa maksud tidak baik. Jangan lupa kemukakan dokumen sokongan semasa permohonan," kata JPN.
Lienda memberitahu bahawa sebutan sebenar nama anaknya ialah Ezekiel yang sering dikaitkan dengan nama Nabi Zulkifli.
"Cara sebutan Ezekiel ialah /ˈiːzɪkiəl/, dibaca lebih kurang sebagai ee-zi-ki-el." katanya di Threads.
Bagaimana cara menukar nama anak dalam sijil lahir?
1. Nama anak boleh ditukarkkan sekali sahaja sebelum umur setahun
Seperti yang dikatakan JPN, nama anak boleh ditukarkan sekali sahaja sebelum umurnya setahun. Anda masih berpeluang untuk mengubah nama mereka jika tersalah ejaan, nama tidak sesuai atau perkara-perkara lain yang munasabah. Jika melebihi setahun anda perlu mengikut prosedur mahkamah.
2. Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan JPN
Tidak perlu pergi ke JPN tempat kelahiran anak. Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan JPN berdekatan dengan hanya membawa dokumen-dokumen yang diperlukan. Ibu bapa perlu hadir sendiri untuk membuat permohnan.
3. Dokumen yang diperlukan:
Pastikan anda mempunyai kesemua dokumen ini sebelum pergi ke JPN:
– Borang permohonan (Dapatkan di JPN)
– MyKad ibu dan bapa – Mesti bawa kad asal dan salinan
– Sijil kelahiran asal anak
– Surat sokongan dari hospital jika ada dan sebagainya.
4. Di JPN, anda perlu membayar caj pemprosesan sebanyak RM10.
5. Nama lama akan kekal dalam rekod sijil
Perlu diingatkan, JPN tidak akan memadam nama asal anak. Nama yang baru dimasukkan, tetapi akan terdapat catatan yang menunjukkan nama asal sebelum tukar. Ini adalah untuk kepentingan rekod rasmi.
6. Proses ini akan mengambil sekitar 1 hingga 2 minggu dan dimaklumkan JPN setelah siap untuk diambil sijil baru.
7. Rujuk mahkamah jika anak berumur lebih setahun
Jika anak anda berumur melebihi setahun, proses perlu melalui arahan rasmi dari mahkamah dan selepas ini barulah boleh diubah oleh JPN untuk membuat perubahan dalam sijil kelahiran anak.
Moga-moga selepas ini, ibu bapa perlulah lebih peka dengan nama anak mereka kerana ia melibatkan kehidupan dan urusan mereka pada masa hadapan kelak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 