Ibu Luah Rasa Marah Anak Menangis Non-Stop Terkejut Bunyi Ekzos ‘Bingit’ – “Baran Pula Aku”

Dorang nak impress siapa ekzos kuat-kuat ni?

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam suasana jalan raya yang semakin sibuk dan sesak, bunyi bising daripada kenderaan bukan lagi perkara asing

Namun, ada kalanya bunyi kuat yang tidak dijangka seperti ekzos motosikal diubah suai boleh menimbulkan ketidakselesaan dan gangguan kepada orang sekeliling.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang ibu baru-baru ini apabila anak kecilnya menangis tanpa henti akibat terkejut dengan dentuman ekzos yang terlalu bingit.

SAYS.com
Image via @filadama_camara (TikTok)

Anak terkejut dari tidur lepas dengar bunyi ekzos kuat, tak berhenti menangis

Menerusi video perkongsian di akaun TikTok @filadama_camara, ketika itu dia dan anaknya sedang berada di dalam sebuah restoran.

Namun, secara tiba-tiba bunyi ekzos yang terlalu kuat telah membuatkan anaknya terbangun dari tidur dan terkejut.

Perkara itu membuatkan dia panik dan terus memeluknya anaknya kerana kanak-kanak itu tidak berhenti menangis.

Bagaimanapun, selepas lebih kurang satu minit anaknya kembali seperti biasa.

"Mummy pun terkejut gila sebab Assara tak pernah tau nangis macam ni, kesian dia, salah mummy,"
tulisnya.

Lihat video di bawah:

@filadama_camara

nnt di katanya takyah la bwk kluar baby dr rumah 🤦🏻‍♀️

♬ original sound – filadama_camara – filadama_camara

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik