Ibu Kongsi Anaknya Dapat Jana Pendapatan Hasil Bantuan RM100 SARA Dengan Beli Bahan Buat Kek Batik

Ibunya berkata dia bercita-cita untuk membuka kafe sendiri suatu hari nanti.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @farraheeda (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang gadis muda dari Bangi, Selangor berjaya mencuri perhatian ramai apabila kisah kreatifnya menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Dengan hanya RM100 bantuan tunai, dia menjadikannya sebagai modal kecil untuk memulakan perniagaan kek batik indulgence sepanjang cuti semester.

Menurut ibunya, Farraheeda yang berkongsi cerita di Threads, anaknya memilih untuk membeli bahan-bahan asas yang memang termasuk dalam kategori SARA antaranya biskut Marie, MILO dan susu.

"Dia memang nak buat kek batik indulgence. Duit SARA tu cukup untuk beli bahan, saya cuma tolong bayarkan bekas sebab nak galakkan dia cari duit sendiri," katanya.

SAYS.com
Image via @farraheeda (Threads)

Ibunya memberitahu anaknya memang ada cita-cita besar dan mahu nak buka kafe sendiri satu hari nanti

Bercerita kepada SAYS, dia memberitahu anaknya, Azreeqa Adzreen, 22, kini sedang sambung pengajian dalam Diploma Pastri di Food Institute of Malaysia, Petaling Jaya.

"Sekarang Azreeqa dah masuk semester keenam dan akan ikuti kelas secara dalam talian sampai Disember. Lepas tu, pada Januari 2026 nanti," katanya.

Oleh kerana perkongsian itu tular, Farraheeda turut berkongsi bahawa kek batik homemade anaknya kini laris setiap hari.

Disebabkan ruang peti sejuk yang terhad, dia hanya mampu hasilkan sekitar 20 kotak sehari sahaja, dengan harga RM10 sekotak. Penghantaran pula dibuat sekitar Bangi, Kajang dan Semenyih.

SAYS.com
Image via @farraheeda (Threads)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik