Ibu Bapa Kongsi Gelagat Anak-Anak Sebab Tak Bagi ‘Screen Time’

Cubaan sahut cabaran tanpa 'screen time' lain pula jadi.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Screen time atau masa melihat gajet menjadi satu perkara yang sangat dijaga oleh ibu bapa sekarang

Di sebalik manfaat tidak memberikan 'screen time', anak-anak yang tidak terlekat dengan menonton gajet akan cuba untuk menghiburkan diri mereka dengan bermain apa sahaja yang ada di rumah.

Tapi apakah daya, majoriti anak-anak tidak akan duduk diam dan akan membuat perkara yang selalunya membingungkan ibu bapa sendiri.

Inilah yang berlaku di satu perkongsian Threads oleh @arynoraffandi yang berkongsi bahawa anaknya telah membuka bekas susu, membancuh serta menumpah susu di dalam bekas itu.

"ENGKO JANGAN BAGI SANGAT ANAK KAU HADAP HANDPHONE!!! Bagi je dia EXPLORE, bagi je apa dia nak main dalam rumah tuuuu!!!! Baiklah. Macam ni ke?," kongsi arynoraffandi di Threads.

SAYS.com
Image via arynoraffandi / Threads

Perkongsian ibu bapa lain jadi hiburan semua

Ada seorang ibu berkongsi video anaknya sedang membantu basuh ikan tetapi dari membasuh ikan, anaknya mandi sekali.

SAYS.com
Image via syareina_ / Threads

Ada ibu lain juga berkongsi anak-anak mereka membuka dan bermain dengan tuala wanita untuk disusun dan dilekatkan di muka.

"Dah jadi padman." katanya.

SAYS.com
Image via tieyyyy96_ / Threads

Bermain air sirap juga tidak terlepas dari anak-anak mereka ini. Ada netizen yang mengatakan ini tragedi yang memerlukan forensik.

SAYS.com
Image via cikkek / Threads

Ada seorang anak yang telah menggunakan pita 'dilarang masuk' di dalam rumahnya sendiri.

SAYS.com
Image via nisaawesome / Threads

Ada juga seorang anak lelaki yang telah menghancurkan segala barangan solek ibunya.

SAYS.com
Image via yayaahamad / Threads

Tambahan lagi, ada seorang anak yang menumbangkan coklat memasak yang seberat 5kg yang bernilai lebih kurang RM100 atau lebih mengikut jenama dan jenis.

SAYS.com
Image via sharenaramlee / Threads

Banyak lagi perkongsian ibu bapa di ciapan Threads yang mencuti hati.

Biarkan mereka memanjat, mengorek lubang dan melompat. Perkara ini terbukti dapat membentuk keyakinan, sifat ingin tahu dan belajar melalui pengalaman.

Anak-anak perlu diberi peluang untuk sentiasa mencuba benda baharu, tetapi perlu dipantau supaya perkara tidak diingini berlaku.

Apa lagi yang anak-anak korang pernah buat di rumah?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: