Ibu Bapa Dua Pelajar UPSI Yang Maut Di Nahas Gerik Sebak Terima Ijazah Anak Di Majlis Konvokesyen

Majlis konvokesyen bertukar sebak.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis konvokesyen dipenuhi emosi di Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Idris (UPSI) semalam

Suasana ini menjadi sebak apabila nama Allahyarham Nurly Shahirah Azman dan Fatin Nasrien Fadli dipanggil untuk menerima ijazah anugerah (anumerta).

Dua pelajar itu adalah antara korban tragedi bas pelancong di Tasik Banding, Gerik, pada 9 Jun lepas yang juga telah meragut 13 nyawa pelajar UPSI lain.

Ijazah anugerah (anumerta) itu telah disampaikan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, kepada bapa Nurly Shahirah, Azman Moahamad, 63, dan bapa Fatin Nasrien, Fadli Abd Rahman, 50.

Ibu bapa kedua-dua pelajar mewakili anak mereka untuk mengambil ijazah

Canselor UPSI, Tuanku Zara juga telah dilihat mengesat air mata selepas menyampaikan sijil berkenaan sambil menonton video montaj tragedi yang ditayangkan semasa majlis.

SAYS.com

Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak

Image via Bernama

Menurut laporan dari Berita Harian, Azman mengaku bangga dan berat hati menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas (Kepujian) yang telah menjadi hasil kerja keras arwah anaknya.

"Apabila namanya dipanggil, saya gembira tetapi bercampur dengan kesedihan yang mendalam. Alhamdulillah, saya tetap kuatkan diri." katanya.

SAYS.com

Azman Mohamad dan isteri, Kamariah Abdul Latif menunjukkan sijil anak mereka

Image via Bernama

Menurut Azman juga, abang kepada arwah sedang meneruskan apa yang arwah telah mulakan dengan program pendidikan jarak jauh dalam Pendidikan Khas.

"Sebagai seorang ayah, hati mana tidak pilu… saya sentiasa berharap dapat melihat anak sendiri naik ke pentas itu, tetapi akhirnya sayalah yang melakukannya." tambah Azman lagi.

SAYS.com

Fadli Abdul Rahman dan Norhasliza Yusof melihat sijil anak mereka

Image via Bernama

Manakala, Fadli menerima ijazah bagi pihak arwah anaknya, Fatin Nasrien yang sepatutnya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik dengan Pendidikan) tahun hadapan sebelum pemergiannya.

"Dia harapan saya. Dia anak sulung dan adik-adiknya semua menjadikannya contoh. Terima kasih kepada UPSI kerana masih mengingatinya. Ia sangat bermakna bagi kami," ujar Fadli.

Fadli juga mengatakan dia berasa gembira dan sedih dalam masa yang sama tetapi kesedihannya jauh lebih besar.

Majlis konvokesyen UPSI telah berlangsung mulai semalam sehingga 18 November ini yang meraikan 7,173 graduan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: