Ibu Bapa Dinasihat Jangan Bagi Anak Bermain Dengan Burung Merpati, Boleh Terkena Jangkitan Paru-Paru
Difahamkan, najis burung merpati boleh mengakibatkan jangkitan paru-paru.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang wanita mendedahkan bahaya jika ibu bapa biarkan anak bermain dengan burung merpati
Menerusi perkongsian di laman Threads, wanita yang dikenali sebagai Dila Khairuddin itu berkata, burung merpati sebenarnya adalah sejenis haiwan perosak.
"Please la jangan bagi anak anak main dekat dekat dengan burung merpati, kejar kejar burung merpati. Bahaya tau. Burung merpati ni haiwan perosak, najis dia pun merosakkan bangunan dan boleh buat kita sakit," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via PNGtreeNajis burung merpati boleh mengakibatkan jangkitan paru-paru
Kuman kulat Histoplasma capsulatum yang terdapat dalam najis burung merpati sebenarnya sangat berbahaya kepada kanak-kanak.
Ia boleh menyebabkan demam, batuk dan letih. Malah, dalam kes yang teruk kanak-kanak boleh terkena jangkitan paru-paru kronik.

Bukan itu saja, sekiranya anda didapati memberi makan kepada burung merpati, tindakan kompaun akan dikenakan.
Menurut laporan Astro Awani, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang membuang sampah dan sisa makanan merata-rata termasuk pemberi makanan kepada burung merpati atau haiwan lain di negeri itu.
Lihat ciapan di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 