“Hutang Projek Kereta Api Laju Whoosh Semakin Membebankan” – CEO Kereta Api Indonesia
Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Bobby Rasyidin, mengakui isu itu sebagai "bom jangka" ketika disoal oleh anggota Suruhanjaya VI DPR.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
PT Kereta Api Indonesia (KAI) kini berdepan cabaran besar berhubung hutang projek kereta api laju Jakarta-Bandung atau Whoosh
Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Bobby Rasyidin, mengakui isu itu sebagai "bom jangka" ketika disoal oleh anggota Suruhanjaya VI DPR. Walaupun operasi teras KAI kekal kukuh, beban hutang Whoosh dilihat menjejaskan kewangan syarikat, lapor Motoqar.
Anggota Suruhanjaya VI, Anggia Ermarini dan Darmadi Durianto, menzahirkan kebimbangan bahawa kerugian KCIC boleh mencecah lebih IDR4 trilion menjelang 2025. Mereka menekankan projek berprestij ini telah menambah tekanan besar kepada KAI sejak dua tahun lalu.

Umum kerjasama cari jalan keluar
Sebagai langkah awal, KAI mengumumkan kerjasama dengan Badan Pengurusan Pelaburan Daya Anagata Nusantara (Danantara) untuk mencari jalan keluar. Bobby menegaskan syarikat memerlukan masa bagi menilai secara menyeluruh sebelum merangka penyelesaian.
Ketua Pegawai Operasi Danantara, Dony Oskaria, menegaskan perbincangan telah dijalankan dengan KAI dan KCIC bagi mencari formula terbaik menyelamatkan projek mega ini.

Walaupun Whoosh berjaya menarik hampir 2.9 juta penumpang pada separuh pertama tahun ini, kos keseluruhan AS$7.3 bilion yang dibiayai majoritinya melalui pinjaman Bank Pembangunan China terus menghantui projek tersebut.
Lebihan kos akibat pandemik dan isu tanah meningkatkan lagi kadar pinjaman, sekali gus menjadikan laluan berjarak 142km itu bukan sahaja simbol kemajuan, tetapi juga beban kewangan negara.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



