Hukuman Berat Bukan Jaminan Jenayah Akan Berkurangan, Pencegahan Perlu Diambil – Peguam

Difahamkan, mengembalikan hukuman mati mandatori tidak menjadi faktor utama untuk mencegah jenayah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Vocket & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hukuman berat bukan satu-satu faktor untuk mencegah jenayah

Rekod telah menunjukkan jenayah kejam tetap berlaku walaupun hukuman mati mandatori masih dikuatkuasa.

Ramai pengguna media menyuarakan pendapat mereka agar hukuman mati mandatori dikembalikan susulan banyak kes kejadian jenayah berat.

Menurut laporan dari Berita Harian, Peguam, Fahmi Moin mengatakan era digital ini tanpa sempadan dan masyarakat mudah terdedah kepada pengaruh positif dan negatif di sekeliling mereka. Undang-undang sedia ada sebenarnya sudah memadai bagi kesejahteraan dan ketenteraman awam.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Ketegasan dan integriti agensi penguatkuasaan adalah elemen kritikal

Menurut beliau ketegasan dan integriti agensi penguatkuasaan, terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah elemen paling kritikal dalam mengekang jenayah berat.

Pihak polis wajar lebih proaktif dan perlu membina kepercayaan rakyat supaya setiap kali kes berat diselesaikan dengan bukti yang cukup sebelum dibawa ke mahkamah.

"Jika pelaku melakukan kesalahan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan, siasatan yang mantap harus dizahirkan semasa perbicaraan supaya akhirnya mahkamah boleh mengenakan hukuman yang adil dan patut berdasarkan fakta sedia ada," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Hukuman mati mandatori banyak diperkatakan di media sosial setelah banyak kes jenayah berat yang kerap dilaporkan sejak akhir-akhir ini.

Kes terbaru beberapa hari ini adalah kejadian seorang pelajar kolej berusia 19 tahun yang telah ditemui oleh orang awam dengan 61 kesan tikaman.

Fahmi mengatakan, pemansuhan hukuman mati mandatori telah berkuat kuasa sejak Julai tahun lalu bukannya telah dimansuhkan sepenuhnya.

"Melalui Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846), mahkamah kini mempunyai pilihan untuk menjatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh 30 hingga 40 tahun bagi kesalahan berat.

"Hukuman mati masih dikekalkan bagi kesalahan seperti membunuh dengan niat, mengedar dadah berbahaya, melepaskan tembakan senjata api serta menculik untuk tebusan.

"Perbezaannya sekarang ialah ia tidak lagi bersifat mandatori atau wajib kepada pesalah,"
katanya.

Pemansuhan ini adalah untuk memberi ruang kepada hakim untuk menggunakan kuasa budi bicara untuk meneliti lebih mendalam fakta kes dan undang-undang secara menyeluruh.

Sebelum ini, kes Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes bunuh dan Seksyen 39B Dadah Berbahaya 1952 bagi pengedaran dadah hanya memperuntukan hukuman gantung mati sahaja tanpa pilihan lain.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: