Hukum Restoran Beroperasi Siang Hari Ketika Ramadan, Ini Penjelasan Mufti Pulau Pinang
"Perkara ini perlu dibezakan antara tanggungjawab individu Muslim yang wajib berpuasa" – Mufti Pulau Pinang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menjalankan perniagaan makanan pada siang hari Ramadan bukan sesuatu yang haram secara mutlak
Menurut laporan daripada Harian Metro, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, isu ini sangat sensitif apabila premis dijadikan tempat terbuka untuk orang Islam sengaja tidak berpuasa tanpa uzur syarie.
Di Malaysia, banyak premis restoran milik bukan Islam di banyak kawasan sentiasa beroperasi kerana terdapat golongan yang diharuskan berpuasa seperti sakit, musafir, wanita haid, ibu mengandung atau menyusu dan sebagainya.
Perlu dibezakan antara tanggungjawab individu Muslim yang wajib berpuasa
"Jika peniaga sengaja mempromosikan atau menggalakkan orang Islam makan secara terbuka tanpa uzur, maka ia boleh termasuk dalam unsur tolong-menolong dalam perkara dosa." kata beliau.
Mengulas lagi, beliau mengatakan jika peniaga hanya menjalankan perniagaan biasa tanpa niat menggalakkan maksiat, dan tidak mengetahui keadaan sebenar pelanggan, maka dosa itu kembali kepada individu yang melanggar kewajipan puasa.

Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman
Image via Harian MetroBeliau juga berkata, sebahagian besar persatuan restoran sering mengingatkan pekerja untuk menghormati sensitiviti Ramadan dengan memastikan pelanggan mematuhi undang-undang dan peraturan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.
Menurut beliau, pendekatan perlulah lebih berhikmah termasuk peniaga Muslim yang menunjukkan sikap bertanggunjawab dalam menjaga imej Islam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 