Hukum Lepaskan Ikan Bandaraya Ke Dalam Sungai, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Haram hukumnya apabila mengetahui risiko kemudaratannya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan & Uncle Kentang
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Boleh dikatakan ramai orang tahu mengenai ikan pendatang yang semakin memenuhi sungai-sungai negara

Ikan bandaraya atau nama saintifik Hypostomus plecostomus adalah ikan yang mampu membiak dengan pantas dan telah menjadi salah satu ikan yang merosakkan ekosistem ikan tempatan.

Pelbagai inisiatif telah diaturkan dan semakin lama orang awam kini sedar akan kerosakkan yang boleh dibuat oleh ikan ini ke atas ekosistem sungai Malaysia.

Ikan ini membiak dengan banyak kerana terdapat segelintir pihak yang melepaskan ikan ini ke sungai tanpa kawalan.

SAYS.com
Image via Wilayahku

Ini penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Menurut laporan dari laman rasmi MuftiWP , hukum melepaskan ikan badaraya ke sungai mengetahui risiko kemudaratannya adalah haram.

"Hal ini demikian kerana kewujudan spesies ikan ini secara berleluasa boleh mendatangkan kemudaratan terhadap alam sekitar."
jelasnya.

SAYS.com
Image via Bernama

Perbuatan melepaskan ikan bandaraya ke dalam sungai secara berleluasa bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak yang menuntut kepada manusia agar tidak melakukan kezaliman dan kerosakan di bumi sama ada di daratan mahupun di lautan.

Walau bagaimanapun, jika individu itu tidak mengetahui kemudaratannya adalah dimaafkan kerana tiada pengetahuan mengenai perkara ini.

Bagaimana ikan ini boleh masuk ke Malaysia?

Ikan bandaraya ini adalah satu spesies ikan pemangsa yang menghuni kawasan air tawar dan berasal dari benua Amerika Selatan dan telah diimport ke Malaysia untuk pasaran ikan hiasan pada tahun 1970-an.

Pada asalnya ikan ini bertujuan untuk membersihkan akuarium mereka kerana ikan ini gemar memakan alga dan kotoran di dinding dan dasar akuarium.

SAYS.com
Image via eCentral

Masalah mula berlaku apabila ikan bandaraya ini boleh membesar sehingga 2 kaki sekaligus menjadi bebanan kepada pemilik.

Pemilik kemudian akan melepaskan ikan mereka ke dalam sungai dengan anggapan sungai adalah tempat yang sesuai baginya.

Ikan ini telah mendominasi sungai-sungai tempatan kerana keupayaan untuk hidup dalam keadaan air yang kotok dan membiak dalam skala yang besar tanpa diganggu oleh haiwan pemangsa.

Haiwan pemangsa tidak memakan ikan bandaraya kerana mempunyai kulit yang sangat keras.

SAYS.com
Image via WIkipedia

Tambahan lagi, ikan bandaraya diklasifikasi sebagai ikan pemangsa kerana gemar memakan larva dan telur ikan yang lain.

Pemilik ikan bandaraya perlulah mempunyai kesedaran dan memahami terlebih dahulu ciri-ciri haiwan itu sebelum dilepaskan ke dalam sungai, tasik, kolam dan seumpamanya.

Ikan ini juga boleh dihantar kepada pihak-pihak yang menawarkan perkhidmatan pelupusan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: