Hukum Lelaki Solat Dengan Rambut Panjang, Nak Diikat Atau Biar Lepas?

Isu ini sering timbul apabila melihat lelaki mengikat rambut seperti 'man bun'.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Gambar janaan AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai di sini yang tertanya-tanya mengenai hukum lelaki solat dengan rambut diikat, terutama bagi mereka yang berambut panjang

Ada yang berpendapat ia tidak menjadi masalah, manakala sebahagian lain menyatakan ia makruh dan kurang sempurna dari sudut adab dalam solat.

Isu ini sering timbul apabila melihat lelaki mengikat rambut seperti 'man bun' ketika menunaikan solat, lalu menimbulkan tanda tanya sama ada perbuatan tersebut dibenarkan atau sebaliknya.

Justeru, penting untuk memahami penjelasan sebenar berdasarkan pandangan ulama dan dalil yang sahih agar tidak timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

SAYS.com

Gambar janaan AI

Hukumnya makruh tanzihi bagi lelaki

Menurut laman web Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, jika jemaah perempuan mengikatnya dalam sanggul, maka dibolehkan. 

Dalam permasalahan lelaki mengikat rambut, perlu dilihat, adakah sampai kepada tahap tasyabbuh (penyerupaan) kepada wanita atau tidak.

Jika tasyabbuh dengan perempuan, maka seeloknya, hendaklah ditinggalkan. Panjang yang dihadkan yang tidak sampai kepada had keperempuanan.

Walau bagaimanapun, solat mereka tetap sah tetapi hukumnya makruh tanzihi bagi lelaki.

Dalam sebuah hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma menyebut:

أَنَّهُ رَأَى عَبْدَ اللَّهِ بْنَ الْحَارِثِ يُصَلِّي وَرَأْسُهُ مَعْقُوصٌ مِنْ وَرَائِهِ ، فَقَامَ فَجَعَلَ يَحُلُّهُ ، فَلَمَّا انْصَرَفَ أَقْبَلَ إِلَى ابْنِ عَبَّاسٍ فَقَالَ : مَا لَكَ وَرَأْسِي ؟ فَقَالَ : إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : إِنَّمَا مَثَلُ هَذَا مَثَلُ الَّذِي يُصَلِّي وَهُوَ مَكْتُوفٌ

Maksudnya: Bahawa beliau melihat Abdullah bin al-Harith solat dalam keadaan rambutnya diikat di belakang. Beliau (Ibn Abbas) lantas bangkit dan melepaskan ikatan tersebut. Apabila dia selesai (solat), lantas dia menghadap Ibn Abbas dan berkata: "Mengapa kamu lakukan pada rambutku demikian?" Lalu Ibn Abbas menjawab: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang ini (yang solat dengan mengikat rambutnya) seperti orang yang solat sedangkan kedua tangannya diikat ke belakang." Riwayat Muslim (1129).

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mufti Wilayah Persekutuan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik