Hukum Cucuk ‘Mounjaro’ Ketika Berpuasa, Ini Penjelasan Mufti WPKL

Difahamkan, suntikan untuk tujuan kesihatan tidak membatalkan puasa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via VOCKET & Vivardiclinics
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penggunaan Mounjaro (tirzepatide) di Malaysa kini semakin meningkat

Mounjaro kini telah digunakan oleh individu yang mencari cara efektif untuk pengurusan berat badan dan pesakit Diabetes Jenis 2.

Baru-baru ini terdapat kemusykilan dalam kalangan pengguna mengenai hukum pengambilan pada waktu pagi di bulan Ramadan.

Perkongsian ini telah dijelaskan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di laman rasmi mereka.

Suntikan ubat kurus dicucuk untuk tujuan obesiti tidak membatalkan puasa

"Suntikan ubat kurus (liraglutide/tirzepatide/semaglutide) yang dicucuk di bawah kulit bagi tujuan rawatan obesiti tidak membatalkan puasa.

"Hal ini kerana suntikan tersebut tidak melalui rongga terbuka dan tidak mengandungi unsur nutrisi, sebaliknya hanya mengandungi hormon yang menghantar isyarat kenyang kepada otak serta membantu mengawal selera makan," jelas Jabatan Mufti WPKL.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Chemist-4

Hukum adalah harus dalam keadaan darurat

Menambah lagi, hukum suntikan perubatan ketika siang Ramadan adalah harus dalam keadaan darurat.

Puasa individu yang menerima suntikan bawah kulit yang melalui saluran darah atau otot tidak membatalkan puasa berdasarkan beberapa pandangan ulama.

"Antaranya, Dr. Muhammad al-Zuhaili dalam kitabnya menyatakan bahawa suntikan yang dilakukan pada kulit tetapi tidak melalui bahagian rongga adalah tidak membatalkan puasa.

"Selain itu, Habib Hassan al-Kaff juga menyatakan bahawa suntikan yang dilakukan pada otot-otot badan atau anggota badan yang lain seperti peha atau lengan adalah tidak membatalkan puasa. Ini merupakan pandangan yang muktamad dan dipegang oleh kebanyakan ulama kontemporari," katanya lagi.

Menurut Syeikh al-Qaradawi, walaupun suntikan itu memberikan tenaga ia tetap tidak membatalkan puasa kerana tidak memasuki melalui rongga terbuka.

Bagi individu yang mahu menggunakan Mounjaro untuk pengurusan berat badan dan bagi pesakit Diabetes Jenis 2 hendaklah mengambil nasihat dan rujukan daripada doktor terdahulu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: