Suria KLCC Cipta Rekod, Lancar Gelanggang Luncur Ais Luar Pertama Di Malaysia

Menarik ni!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suria KLCC sekali lagi mencuri perhatian apabila pusat beli-belah ikonik itu menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai lokasi 'The First Outdoor Skating Rink in Malaysia'

Ia sekali gus menjadikannya gelanggang luncur ais luar pertama seumpamanya di negara ini.

Menurut laporan Sinar Harian, tarikan baharu yang dinamakan 'Festive Skating Experience' itu diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kempen perayaan 'A Majestic Christmas', berlangsung dari 22 November 2025 hingga 4 Januari 2026.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Gelanggang luncur mengelilingi pokok Krismas setinggi 80 kaki

Menurut Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan, gelanggang luncur luar itu dibina mengelilingi pokok Krismas setinggi 80 kaki yang terletak di esplanade Suria KLCC, dengan panorama menara berkembar PETRONAS sebagai latar belakang.

"Ia dibuka kepada orang ramai setiap hari dari 26 November hingga 25 Disember 2025 dan dijangka menjadi antara tarikan utama musim perayaan yang bukan sahaja mencuri perhatian pengunjung tempatan, malah pelancong antarabangsa," katanya.

Francis berkata, pengiktirafan MBOR itu melambangkan usaha berterusan Suria KLCC untuk menawarkan pengalaman bertaraf dunia.

"Suria KLCC bukan sekadar destinasi membeli-belah tetapi tempat kenangan dicipta. Pengiktirafan sebagai gelanggang luncur luar pertama di Malaysia ini menandakan usaha kami untuk meningkatkan pengalaman percutian yang lebih bermakna, imersif dan bertaraf dunia," katanya lagi.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Ganjaran pembelian untuk pengunjung sepanjang musim perayaan

Suria KLCC turut menyediakan pelbagai ganjaran berasaskan jumlah perbelanjaan:

  • Perbelanjaan RM500 ke atas dalam satu resit
    → Layak menebus pengalaman luncur untuk dua orang.
  • Perbelanjaan RM2,500 ke atas dalam dua resit
    → Terima e-baucar membeli-belah RM100 + pengalaman luncur untuk dua orang.

Difahamkan, selain Suria KLCC, kempen perayaan itu turut diperluaskan ke pusat beli-belah lain di bawah Suria KLCC Group iaitu Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Kemaman.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: