Hotel Pertama Di Bulan Bakal Tawarkan Permainan Golf & ‘Moonwalk’ Buat Pelancong Elit

Menjelang 2032, percutian impian ke bulan mungkin menjadi kenyataan dengan pelancaran hotel angkasa pertama oleh GRU Space.

Enlarge text
Cover ImageCover image via GRU Space & Gambar janaan AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gambaran percutian masa hadapan kini semakin nyata menjelang tahun 2032 susulan pendedahan pelan pembangunan hotel pertama di bulan

Syarikat baharu, Galactic Resources Utilization (GRU) Space yang mendapat sokongan pelabur daripada syarikat gergasi SpaceX milik Elon Musk dan syarikat teknologi Anduril kini mula membuka tempahan kepada pelancong angkasa.

Individu yang berminat perlu membayar deposit sebanyak £750,000 (kira-kira RM4.1 juta), iaitu 10 peratus daripada harga tiket keseluruhan yang bernilai £7.5 juta (kira-kira RM41.2 juta) untuk menempah slot mereka.

Laporan daripada akhbar Metro baru-baru ini memperincikan bagaimana hotel bulan pertama itu, yang mampu memuatkan empat tetamu pada satu-satu masa, akan dilancarkan ke angkasa lepas.

SAYS.com
Image via GRU Space
SAYS.com
Image via GRU SpaceImage via

Hotel akan dibina di bumi sebelum dihantar untuk mendarat di permukaan bulan pada 2032

Projek revolusi ini bukan sekadar menawarkan pengalaman penginapan luar biasa, malah ia dilihat sebagai langkah sulung yang sangat kritikal dalam usaha manusia untuk membina penempatan atau bandar di planet Marikh menjelang tahun 2060.

Garis masa pelancongan angkasa lepas ini didedahkan oleh syarikat GRU hanya beberapa minggu sebelum NASA melancarkan misi kru pertama ke bulan dalam tempoh lebih 50 tahun.

Menurut perancangan, GRU akan membina hotel angkasa jenis kembung di bumi sebelum mendaratkannya di permukaan bulan pada tahun 2032.

Hotel tersebut mampu menampung empat tetamu untuk penginapan selama lima malam dengan pemandangan bintang yang mempesonakan.

Bagi menjamin keselamatan dan keselesaan, fasiliti mewah itu akan dilengkapi teknologi canggih termasuk sistem kitar semula udara dan air, penjana oksigen, kawalan suhu, sistem kecemasan, serta perlindungan radiasi bagi menghadapi ancaman ribut suria.

SAYS.com
Image via GRU Space

Beri pengalaman istimewa kepada tetamu yang menginap

Pengasas GRU Space, Skyler Chan yang berusia 22 tahun, menyatakan keyakinannya kepada Metro bahawa kemajuan teknologi masa kini akan membolehkan manusia menjadi penghuni pelbagai planet dalam masa terdekat.

Beliau menyifatkan ini sebagai detik bersejarah yang bakal membuka jalan kepada kelahiran berbilion nyawa manusia di Bulan dan Marikh pada masa hadapan.

Jika segala-galanya berjalan lancar, GRU Space merancang untuk membawa 12 kumpulan pelancong ke Bulan setiap tahun bagi merasai pengalaman unik yang tidak terdapat di hotel tradisional.

Antara aktiviti menarik yang ditawarkan termasuklah berjalan di permukaan bulan serta menikmati keindahan bumi dan bintang dari jendela bilik.

Malah, Chan turut membayangkan tetamu boleh bermain golf di sana, mengimbas kembali detik bersejarah angkasawan NASA, Alan Shephard, yang pernah melakukannya semasa misi Apollo 14 pada tahun 1971.

Fokus utama Chan dan pasukannya adalah menyelesaikan isu kelestarian habitat luar bumi bagi memastikan manusia dapat mendiami Bulan, Marikh, dan angkasa lepas dengan selamat.

SAYS.com
Image via GRU Space
SAYS.com
Image via GRU Space

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: