Hot FM Cipta Sejarah ASEAN Records, Siaran Langsung Dari Dasar Laut Terbuka Sedalam 10 Meter

Kempen Bekpes Hot Skuba itu disertai penyampai popular, KJ, Johan, Fara Fauzana dan AG dan diiktiraf oleh ASEAN Records.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @hotfm976 (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas menawan puncak Gunung Kinabalu tahun lalu, pasukan Bekpes Hot FM sekali lagi mencipta rekod apabila menjadi stesen radio pertama di Asia Tenggara melakukan siaran langsung luar bangunan di dasar laut terbuka sedalam 10 meter selama 90 minit

Kempen Bekpes Hot Skuba yang disertai penyampai popular, KJ, Johan, Fara Fauzana dan AG itu secara rasmi diiktiraf ASEAN Records sebagai First and Deepest Outdoor Underwater Live Radio Broadcast in Open Sea by Radio Personalities.

Misi bersejarah itu berlangsung di perairan Pulau Bidong, Kuala Terengganu dengan pasukan penyampai menyelam sambil bersiaran secara langsung, diiringi pasukan UMT Diving School dan mendapat sokongan Unit Tindak Khas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tepat jam 10 pagi, siaran bermula dari Stesen Penyelidikan Alami Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebelum kejayaan dicatat pada 12.30 tengah hari.

SAYS.com
Image via @hotfm976 (Instagram)

Pengiktirafan ASEAN Records disampaikan Pengarah Eksekutif ASEAN Records, Eldrick Koh kepada pasukan Bekpes Hot dan Pengarah Rangkaian Kumpulan Media Prima Audio, Shah Hayatudin sebagai simbol kejayaan

Menurut laporan Berita Harian, Pengarah Kandungan Kanan Hot FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan berkata, pencapaian itu menjadi bukti semangat juang dan keberanian yang menjadi DNA Hot FM.

"Selepas menawan puncak tertinggi Malaysia, kami mahu mencabar kebiasaan dan kali ini menawan dunia sunyi di bawah laut.

"Inilah cara kami kekal relevan dan terus dekat di hati peminat,"
katanya.

SAYS.com
Image via @hotfm976 (Instagram)

Sementara itu, Pengarah Program UMT, Prof Madya Dr Hasrizal Shaari berkata, kerjasama ini mengukuhkan keyakinan industri media terhadap kepakaran UMT dalam bidang kelautan dan aktiviti skuba, selain memperkenalkan potensi Pulau Bidong di peringkat nasional.

Lebih istimewa, kempen ini turut mencatat sejarah di 10 negara Asia apabila buat pertama kali siaran radio langsung dari dasar laut menjadi kenyataan.

Hot FM juga menurunkan monumen berbentuk mikrofon dan studio mini bawah laut sebagai simbol kejayaan, di samping menyumbang kepada pemeliharaan ekosistem marin.

Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan Hot FM sebagai peneraju industri penyiaran radio yang sentiasa berani mencabar sempadan baharu dengan menggabungkan hiburan, keberanian dan teknologi pada tahap tertinggi.

SAYS.com
Image via @hotfm976 (Instagram)

Tonton video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik