Host Airbnb Kongsi Keadaan Rumah Bersepah, Bil Pula Melambung Hingga RM630
Habis bersepah rumah.
Cover image via @izzuddinairbnb (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, bukan semua penyewa meninggalkan kediaman sewaan dalam keadaan baik
Ada yang keluar dalam keadaan teratur dan bersih, namun tidak kurang juga yang meninggalkan kerosakan, sampah berselerak serta beban tambahan kepada pemilik rumah untuk menguruskan segala kekalutan itu.
Itulah realiti pahit yang dibongkarkan seorang pengusaha Airbnb, Izzuddinairbnb, melalui video di TikTok, dia mendedahkan keadaan sebuah unit kediaman di Trion yang porak-peranda selepas disewa tetamu selama dua bulan.

Sudah ketatkan peraturan tapi masih ramai yang tidak endahkan
Menurutnya, meskipun kediaman bersepah sebaik sahaja penyewa baharu daftar keluar sekitar pukul 5.15 petang, keadaan seperti itu sudah menjadi lumrah hitam dalam dunia pengusaha Airbnb.
"Kadang-kadang dapat tetamu yang jaga rumah elok, keluar pun bersih. Tapi ada juga yang tinggalkan lintang-pukang sebab mereka tahu ada cleaner disediakan. Itu memang sebahagian daripada game bila urus Airbnb," katanya.
Bukan setakat itu, Izzuddin turut menegaskan bahawa beliau sudah membentuk satu rutin ketat yang diamalkan setiap kali ada penyewa meninggalkan unit kendaliannya.
Antara perkara utama yang diteliti ialah sistem pencahayaan, kondisi tandas, serta fungsi televisyen bersama sambungan internet dan semuanya diperiksa dengan teliti bagi memastikan setiap kemudahan benar-benar dalam keadaan sempurna sebelum penyewa baharu melangkah masuk.

Pengguna mengggunakan elektrik berlebihan
Malah, dia juga mengambil langkah luar jangka dengan meletakkan alat pembasmi serangga di dalam peti surat unit sebagai perisai awal sekiranya muncul aduan penyewa tentang semut atau lipas yang menceroboh.
Namun, badai yang lebih dahsyat pernah melanda apabila ada penyewa menggunakan elektrik tanpa kawalan, sehingga bil menjulang mencecah lebih RM630.
Keadaan itu memaksanya bertindak membuat tuntutan bayaran semula kepada pihak Airbnb dan akhirnya diluluskan.
Di sebalik segala cabaran yang menguji kesabaran, Izzuddin tetap berdiri teguh dengan keyakinan pada potensi platform penginapan jangka pendek itu. Sejak Januari tahun ini sahaja, beliau sudah mengutip sekitar RM112,000 hasil daripada sewaan beberapa unit yang diuruskan dengan projek Trion muncul sebagai nadi utama pendapatan.
"Trion memang antara kawasan paling laris. Kebanyakan pelancong luar negara memang mencari projek ini khususnya apabila mereka membuat tempahan Airbnb di Kuala Lumpur. Sebab itu, unit di sini mempunyai kadar pulangan yang tinggi," katanya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



