Hospital Kerajaan Semakin Sesak, Ahli Parlimen Cadang Buat Insurans Rahmah Untuk M40 & T20
Perkara itu dicadangkan ekoran ramai sudah beralih ke hospital kerajaan kerana tidak mampu menanggung kos tinggi di hospital swasta.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kos rawatan hospital swasta yang semakin tinggi dan premium insurans perubatan yang kian membebankan kini mendorong lebih ramai golongan M40 dan T20 beralih mendapatkan rawatan di hospital kerajaan
Perubahan ini menyebabkan kesesakan semakin ketara di hospital awam seluruh negara.
Bagi menangani isu tersebut, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan 'Insurans Rahmah' yang ditawarkan pada harga lebih berpatutan untuk golongan berpendapatan sederhana dan tinggi.
Menurut laporan Sinar Harian, beliau percaya bahawa skim itu boleh menjadi alternatif mampu milik kepada rakyat untuk membeli perlindungan insurans kesihatan, sekali gus membolehkan mereka mendapatkan rawatan di hospital swasta tanpa sepenuhnya bergantung kepada hospital kerajaan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin
Image via Sinar Harian"Saya cadangkan kita adakan satu insurans rahmah bagi membantu rakyat yang ingin membeli insurans. Maksudnya dia dapat beli dengan harga berpatutan untuk perlindungan tertentu (pilihan).
"Usaha ini boleh menarik minat golongan T20 dan M40 membeli untuk ahli keluarga atau mana-mana syarikat yang ingin membeli polisi ini untuk pekerja mereka," katanya.
Kurangkan tekanan pada sistem kesihatan awam

Gambar sekadar hiasan.
Image via Free Malaysia TodaySim menjelaskan, sekiranya skim ini dilaksanakan, ia bukan sahaja mengurangkan beban hospital kerajaan, malah menarik minat syarikat atau majikan untuk membeli polisi ini bagi melindungi pekerja mereka dan ahli keluarga.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, turut mengakui semakin ramai golongan M40 dan T20 yang beralih kepada hospital awam kerana tidak mampu menanggung kos rawatan di hospital swasta.
Beliau menjelaskan bahawa sebelum ini, golongan itu lebih cenderung mendapatkan rawatan di hospital swasta sama ada melalui insurans atau bayaran sendiri. Namun, kini trend berubah apabila mereka memilih hospital kerajaan, terutamanya untuk kes kecemasan dan rawatan susulan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 