“Hijab Ditarik, Baju Bahagian Dalam Saya Digunting” – Zizi Kirana Dedah Layanan Zalim Rejim Zionis
Kejam sungguh zionis ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana mendedahkan pengalaman peritnya ketika ditahan tentera Israel semasa menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini
Menerusi video temu bual bersama Astro Awani di Istanbul, Turkiye, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, berkata beliau dipaksa membuka tudung dan stoking ketika melalui pemeriksaan imigresen Israel.
"Saya pakai topi, dia suruh buka topi. Bila saya nak tenangkan diri, saya nak mengaji, dia ambil al-Quran saya, tarik dan tanya, 'what is this?'
"Saya jawab, 'this is Quran, this is my Quran.' Tapi dia terus rampas. Mereka suruh buka kasut, buka stoking, saya kata tak boleh, haram. Lepas tu mereka paksa saya buka tudung. Saya cakap, "no, it's haram, I am Muslim. Tapi mereka tarik juga tudung saya," katanya.

"Apabila nama saya dipanggil untuk masuk ke imigresen, mereka suruh buka stokin dan kasut tapi saya cakap tak nak. Namun dia paksa juga, saya kata haram.
"Dia paksa pula buka tudung, saya cakap saya Muslim, haram untuk saya buka hijab. Saya pegang tudung saya sambil ada orang tarik dari belakang, sampai kawan-kawan satu kapal saya menangis, mereka jerit "Be strong Nur!"
"Ketika itu saya doa berilah balasan yang paling setimpal dengan kezaliman yang mereka buat dekat seluruh umat Islam di dunia ini," katanya lagi.
Zizi juga menceritakan bagaimana beliau sempat bertentang mata dengan tentera Israel dan menyaksikan sendiri ketakutan mereka
"Mereka takut sebenarnya, saya boleh nampak sebab saya bertentang mata dengan mereka. Ada satu masa dalam kapal ruang dah sempit tiada tempat duduk. Saya duduk berhadapan dan bertentangan mata dengan mereka.
"Dalam hati cakap, 'Ya Allah tolong hapuskan mereka dari muka bumi.' Dia pun sampai cakap kenapa saya pandang. Saya hanya respons 'Apa?' Sebab itu dia bagi saya paling akhir keluar dari kapal," katanya.

Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 