Highway PLUS Di Hentian Sebelah Nilai Dilanda Banjir, Ramai Terpaksa Berbuka Tepi Jalan
Hujan lebat sejak jam 6.30 petang menjadi punca banjir kilat.
Cover image via TikTokFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kejadian banjir luar biasa yang melanda Lebuhraya PLUS berhampiran Hentian Sebelah Nilai di Negeri Sembilan semalam
Ia telah mengakibatkan ratusan pemilik kenderaan terkandas sehingga terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing.
Banjir kilat yang bermula sekitar jam 6 petang telah menenggelamkan sepenuhnya keempat-empat lorong di lebuh raya berkenaan bagi laluan arah ke selatan.
Situasi tersebut menyebabkan kenderaan ringan seperti kereta dan motosikal terputus laluan kerana tidak mampu mengharungi air yang bertakung sepanjang hampir 100 meter.


Ramai terpaksa berbuka dalam kereta
Setakat jam 7.13 petang semalam, limpahan air banjir dilaporkan masih belum surut di lebuh raya tersebut sehingga mencetuskan kesesakan lalu lintas yang melampau sepanjang lebih dua kilometer.
Pada masa yang sama, bencana ini dipercayai turut melanda kawasan Pekan Nilai apabila beberapa lokasi mula dinaiki air secara mendadak.
Situasi menjadi lebih membimbangkan apabila tular perkongsian daripada pengguna jalan raya yang memaparkan kawasan Hentian Sebelah Nilai turut dibanjiri arus deras akibat fenomena luar biasa berkenaan.
Keadaan banjir yang masih belum menunjukkan tanda-tanda akan surut sehingga lewat petang tadi telah menyebabkan ramai pengguna jalan raya terperangkap, sekali gus memaksa mereka untuk berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



