Hidup Mewah Dengan Kos Murah Di Malaysia, Wanita Bimbang KL Jadi ‘Bali Kedua’

Hantaran wanita Malaysia itu meraih perhatian ramai apabila dibanjiri ribuan reaksi daripada netizen.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & News7 wonder
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang wanita tempatan meluahkan rasa kurang senang terhadap golongan ekspatriat (expats)

Hal ini kerana mereka sering menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara 'affordable' atau murah berbanding negara asal mereka.

Dalam hantaran yang dikongsikan hujung minggu lalu, wanita itu berkata dia berasa janggal setiap kali ada warga asing, terutamanya dari negara Global North, yang 'memuji' Malaysia dengan ayat seperti, "Sewa rumah di sini jauh lebih murah daripada di UK" atau "Hidup di sini tak perlukan banyak kos"

Katanya lagi, di sebalik kata-kata itu terselit realiti yang menyedihkan di mana rakyat Malaysia sendiri dibayar dengan gaji yang terlalu rendah, sedangkan expat yang datang ke sini mampu menikmati gaya hidup yang lebih selesa dan mewah berbanding kebanyakan orang tempatan.

SAYS.com
Image via Utusan Malaysia

Wanita itu turut menambah, Malaysia perlu menjaga sumber dan asetnya sendiri supaya tidak berakhir seperti beberapa destinasi popular di Asia Tenggara lain, di mana komuniti tempatan akhirnya dipinggirkan akibat dominasi gaya hidup expat.

"Saya tak mahu KL jadi macam Bali atau Bangkok, di mana penduduk asal terpaksa berebut mencari pekerjaan yang layak hanya untuk teruskan hidup. Perlindungan (protectionism) adalah sesuatu yang wajar bagi negara seperti kita, sebab kita tidak terlalu bergantung kepada expat untuk pekerjaan kolar putih,"
jelasnya.

Wanita itu turut menekankan isu perumahan yang semakin meruncing di Kuala Lumpur. Katanya, ramai rakyat tempatan sudah pun berdepan kesukaran untuk memiliki rumah sendiri di bandar, tetapi pada masa sama warganegara asing terus menggambarkan KL sebagai destinasi "murah" dan "mampu milik".

"Masalah perumahan di KL memang kritikal. Kebanyakan daripada kita pun tak mampu nak beli rumah, tapi expat dengan mudahnya cakap KL ni murah?!! Ugh, cuba bayangkan kesannya pada masa depan," tulisnya dengan nada kecewa.

Pandangan itu sekali lagi mencerminkan jurang realiti antara pengalaman rakyat tempatan dengan naratif yang sering dibawa komuniti asing tentang Malaysia.

Hantaran wanita Malaysia itu dengan pantas meraih perhatian ramai apabila dibanjiri ribuan reaksi daripada netizen

Rata-rata bersetuju bahawa naratif Malaysia sebagai negara "murah" sebenarnya hanya menonjolkan isu yang lebih besar iaitu gaji yang statik dan tenaga kerja tempatan yang sering dipandang rendah nilainya.

Ramai yang meluahkan rasa tidak selesa dengan isu ini, malah ada yang berpendapat Kuala Lumpur kini mula menunjukkan tanda-tanda berubah menjadi 'taman permainan' untuk warga asing.

"Sekarang ni makin banyak influencer dan KOL luar negara pamer gaya hidup mewah di Malaysia. Trend ni makin menjadi-jadi," tulis seorang pengguna dengan nada bimbang.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kayak

Namun, ada juga yang mengalihkan perhatian kepada majikan tempatan. Katanya, masalah sebenar terletak pada cara pekerja Malaysia sendiri dinilai.

Seorang netizen berkongsi pengalaman apabila permintaannya untuk kenaikan gaji ditolak mentah-mentah oleh majikan, situasi yang sangat berbeza dengan kelebihan yang dinikmati oleh expat yang mampu menuntut gaji lebih tinggi.

Tidak kurang juga yang berkata mereka rasa "cringe" setiap kali orang asing memuji betapa murahnya makanan atau pengangkutan di Malaysia.

"Bagi mereka ia murah, tapi bagi kita ia hanya mengingatkan betapa kecilnya kuasa beli dengan gaji yang ada," kata seorang lagi pengguna.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik