Hidang Makanan Raya Dalam Pinggan Plastik Pakai Buang, Individu Selar Sikap Tuan Rumah ‘Pemalas’
Pakai pinggan dan cawan plastik pun kena kecam.
Cover image via Gambar janaan AIFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Musim Hari Raya sememangnya sinonim dengan amalan rumah terbuka dan ziarah-menziarahi antara keluarga serta rakan taulan
Ramai yang mengambil peluang ini untuk menjemput tetamu datang ke rumah bagi merapatkan silaturahim sambil menikmati juadah yang disediakan.
Namun, tidak dinafikan apabila jumlah tetamu yang hadir terlalu ramai, urusan selepas itu seperti membasuh pinggan mangkuk boleh menjadi agak membebankan.
Disebabkan itu, ada segelintir tuan rumah memilih untuk menggunakan pinggan dan cawan pakai buang sebagai langkah lebih praktikal.
Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak dipersetujui oleh semua pihak.
Baru-baru ini, seorang individu di laman Threads mencuri perhatian apabila meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penggunaan pinggan plastik oleh tuan rumah ketika beraya.

Gambar janaan AI
Rasa seperti 'kucing' bila tuan rumah hidang makanan dalam pinggan dan cawan plastik
Menerusi perkongsiannya, individu tersebut secara terbuka mengkritik tindakan itu dan menyifatkannya sebagai sikap malas.
"Jenis pemalas memang akan guna cawan pinggan pakai buang. Aku kalau pergi beraya dpt mcm ni mmg aku tak makan. Ingat aku kucing ke? Kucing pun makan atas pinggan kaca," katanya.
Perkongsian itu pantas mendapat perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Ada yang bersetuju bahawa penggunaan pinggan biasa lebih sopan untuk tetamu, namun tidak kurang juga yang mempertahankan penggunaan pinggan pakai buang atas faktor kemudahan dan kepraktisan, terutama apabila melibatkan tetamu dalam jumlah yang besar.
Isu ini secara tidak langsung membuka perbincangan tentang keseimbangan antara adab melayan tetamu dan realiti pengurusan rumah terbuka, terutamanya dalam keadaan serba sibuk ketika musim perayaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



