“Hello Kancil Lama, We’re Going Home!” – Anak Terjumpa Semula Kereta Mak Ayah Yang Pernah Dijual 15 Tahun Lalu

Wah, rezeki betul dapat jumpa kereta masa kecil!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @puanpuff (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak semua orang berpeluang bertemu kembali dengan kenderaan pertama keluarga, lebih-lebih lagi jika ia pernah menjadi saksi susah senang sewaktu membesarkan anak-anak

Namun, itulah rezeki yang tidak disangka dialami seorang pengguna media sosial apabila dia secara tidak sengaja menemui semula kereta Perodua Kancil milik ibu bapanya yang pernah dijual pada tahun 2009.

Menerusi sebuah perkongsian di Threads, wanita dikenali sebagai @puanpuff itu berkata dia tergamam apabila ternampak nombor plat kereta tersebut.

"Randomnya jumpa kat marketplace kancil mak ayah I jual dulu tahun 2009 sebab nak sekolahkan kami adik beradik. Rasa tergamam jap ternampak no plate kancil tu macam kaku nampak cinta hati lama haha nangis sambil lompat-lompat dengan adik I," katanya.

SAYS.com
Image via @puanpuff (Threads)

Menurutnya, Kancil tersebut asalnya dibeli di Sabah sekitar tahun 2004/2005 sebelum dibawa bersama ketika sekeluarga berpindah ke Kedah. Ia akhirnya terpaksa dijual pada 2009 demi menampung kos persekolahan adik-beradik.

Lebih menarik lagi, pembelian Kancil tersebut dibuat secara senyap-senyap kerana dia merancang mahu membuat kejutan kepada ibu bapanya

"Guess what! I beli balik kancil tu petang ni pickup but mak ayah I tak tahu lagi. I nak surprise diaorang lah! Hello kancil lama mak ayah hihi we're going home!

"Sebenarnya I dah lama nak ada satu kancil utk syok2 hahaha. Taktahu pula ini rezeki I. So bermula lah restoration journey!" katanya lagi.

SAYS.com
Image via @puanpuff (Threads)

Lihat posting di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via